forgetting | kelupaan | Psikologi | Psikologi Umum | Kegagalan untuk menjejak sesuatu maklumat yang tersimpan dalam ingatan. Kebanyakan maklumat akan dilupai sebaik sahaja dipelajari. Menurut kenyataan Ebbinghaus yang memplotkan graf kelupaan, sesuatu kelupaan maklumat boleh berlaku sebaik sahaja individu itu menerimanya. Walau bagaimanapun, kadar kelupaan ini akan berkurangan sehingga selepas satu tempoh, misalnya 9 jam. Selepas tempoh tersebut, ingatannya akan stabil dan kekal dalam masa yang agak lama. Sekiranya maklumat yang diperoleh individu berkait dengan maklumat yang tersimpan, maklumat itu akan sukar untuk dilupakan. |
presystole | prasistole | Biologi | Fisiologi | Selang masa sebaik sahaja sebelum sistole. |
lysocline | lisoklin | Geologi | Tiada | Aras atau kedalaman laut sebaik sahaja kadar pelarutan kalsium karbonat melebihi gabungan kadar pemendapan dan kerpasannya. |
primary dentine | dentin primer | Perubatan | Tiada | Dentin yang terbentuk sebaik sahaja selepas germa gigi terposisi di posisi anatominya. |
daily print | tera harian | Komunikasi | Tiada | Proses mencuci filem sebaik sahaja selepas penggambaran pada hari berkenaan tamat. Tujuannya ialah untuk meneliti kelemahan atau kekuatan tangkapan yang telah dilakukan. Biasanya, set penggambaran tidak akan dirobohkan selagi tangkapan yang dilakukan tidak memuaskan pengarah. |
hunter's moon | bulan buru | Matematik | Tiada | Bulan penuh sebaik-baik sahaja selepas bulan panen, biasanya pada bulan Oktober, dan di hemisfera selatan. |
bleed | salir darah | Perikanan | Tiada | Proses membuang darah ikan sebaik sahaja ikan dipancing dengan memotong bahagian atas belakang kepala ikan. Proses ini menghalang ikan daripada cepat busuk. |
reactance relay | geganti regangan | Kejuruteraan | Tiada | Geganti galangan yang beroperasi sebaik-baik sahaja regangan-regangan litar tempat ia tersambung jatuh ke bawah nilai yang telah ditentukan terdahulu. |
lead time | masa pendulu | Kejuruteraan | Tiada | 3. masa pendulu: Jeda sebaik-baik sebelum pengecaman pemicu, dalam paparan osiloskop pensampelan rawak.,4. Masa yang dibenarkan atau diperlukan untuk memulakan dan membangunkan sesuatu kelengkapan yang mesti disediakan untuk kegunaan pada masa yang tertentu.,5. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan suatu kitar kegiatan, biasanya merujuk kepada proses pengeluaran, dari idea mula hingga ke keluaran siap. |
primary creep | rayap primer | Kejuruteraan | Tiada | Rayap logam yang terbentuk sebaik saja dikenakan beban malar. |