resident virus | virus huni | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang terus aktif walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dihentikan apabila sistem komputer dimatikan. Lihat juga virus ingatan-huni. |
clerestory | tingkap cahaya atasan | Kesenian | Seni Bina | Tingkap yang berada pada kedudukan tinggi di atas paras mata. Pembinaan tingkap sebegini adalah bertujuan untuk membawa cahaya di luar, udara segar atau kedua-duanya masuk ke dalam ruang dalaman. Tingkap seperti ini banyak terdapat di gereja-gereja dan bangunan basilika pada zaman Rom. Dalam seni bina moden, tingkap seperti ini selalunya dipasang di bangunan-bangunan kilang atau rumah kediaman bagi tujuan menggalakkan pencahayaan. |
metaphor | metafora | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang melahirkan sesuatu idea dalam maksud yang lain daripada maksudnya yang tersurat. Pendekatan sebegini mengaitkan makna, emosi, benda, masa dan tempat yang berkemungkinan tidak dapat dikaitkan secara jelas. Metafora boleh bermaksud sesuatu yang cuba disampaikan oleh arkitek melalui reka bentuk bangunan yang mengutamakan komposisi estetik bagi menguatkan keindahan atau semangat tapak. Contoh pendekatan metafora ialah bangunan berbentuk pucuk rebung yang diilhamkan oleh Hijaz Kasturi untuk bangunan Menara Telekom. |
trench silo | silo parit | Veterinar | Tiada | Tempat berbentuk parit diperbuat daripada konkrit atau tanah digunakan untuk menyimpan rumput atau daun-daunan dalam pemprosesan silaj. Tempat sebegini mudah diisi dan dimampatkan dengan menggunakan traktor dan sangat sesuai dibina di kawasan tanah yang rata. |
scroll | skrol | Kesenian | Seni Bina | Pola hiasan bercorak lingkaran berbelit yang menyerupai bentuk separuh kertas kulit yang digulung atau seperti corak ombak yang bergulung. Pola hiasan sebegini biasanya terdapat pada ukiran hiasan yang terdapat pada tiang atau dinding bangunan. |
warm oclusion depression | lekukan taupan panas | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan sekunder yang terbentuk pada titik berpadunya perenggan sejuk dan perenggan panas untuk membentuk taupan panas. Lekukan sekunder sebegini bergerak cepat menjauhi lekukan primer dan mendalam, walaupun tidak ke tahap yang ketara. |
pedigree | pedigri | Veterinar | Tiada | Senarai keturunan atau salasilah haiwan yang disimpan dalam rekod yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Senarai ini menunjukkan asal usul sesuatu haiwan. Haiwan sebegini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai sifat-sifat tertentu yang diingini seperti dalam baka asal. |
major medical insurance | insurans perubatan utama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans kesihatan yang menyediakan faedah bertahap tinggi bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan serta tertakluk kepada deduktibel yang besar. Kontrak sebegini mungkin mengandungi had dalaman tertentu dan satu fasal peratusan penyertaan yang dipanggil fasal koinsurans. Polisi seperti ini biasanya akan membayar belanja yang dilindungi tanpa mengira sama ada individu berkenaan masih berada di hospital ataupun tidak. |
protection philosophy | falsafah perlindungan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penerangan tidak formal tentang reka bentuk suatu sistem maklumat terautomasi yang tertumpu kepada mekanisme keselamatan yang digunakan. Gabungan falsafah perlindungan sebegini dengan perincian keupayaan keselamatan yang lebih formal diperlukan untuk membuktikan mekanisme keselamatan yang wujud dalam sistem maklumat tersebut memadai untuk menjamin keselamatan komputer. |
asymmetry | tak simetri | Kesenian | Seni Bina | Keadaan pelan atau bentuk bangunan yang tidak sama atau tidak seimbang pada kedua-dua bahagian melalui garis tengah bangunan tersebut. Reka bentuk pelan bangunan sebegini bertujuan untuk menghasilkan suasana ruang yang lebih santai serta mesra dan tidak terlalu bertertib. Walau bagaimanapun, keseimbangan boleh diwujudkan melalui perseimbangan paksi. |