visual disability | ketidakupayaan penglihatan | Umum | Tiada | Keadaan buta di kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata, penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain masalah penglihatan kekal. |
binding edge | tepian tulang belakang | Perpustakaan | Tiada | Tepian sesuatu jilid buku, biasanya bahagian tepi sebelah belakang yang biasa menerima rawatan jilidan utama seperti jahitan, memampat, dan lain-lain. |
person with visual disability | OKU penglihatan | Umum | Tiada | Individu yang mengalami buta kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata, penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain masalah penglihatan kekal. |
visual impairment | kekurangupayaan penglihatan | Umum | Tiada | Keadaan atau masalah penglihatan yang dihadapi oleh OKU seperti penglihatan yang terhad di kedua-dua belah mata, buta di kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata dan lain-lain gangguan penglihatan kekal. |
stag leap | layang rusa | Sukan | Tiada | Lonjakan dengan satu kaki ke kaki lain. Semasa dalam layangan, sebelah lutut bengkok dan sebelah lutut lagi lurus. |
stag leap | layang rusa | Sukan | Tiada | Lonjakan dengan satu kaki ke kaki lain. Semasa dalam layangan, sebelah lutut bengkok dan sebelah lutut lagi lurus. |
basic | asas; dasar; bes | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Asas: Sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain.,Dasar: Bahagian yang di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas.,2. Bes: Bahan kimia yang menghasilkan garam dan air apabila dicampur dengan asid. |
habenular commisure | komisur habenula | Perubatan | Tiada | Jalur serat stria medularis yang melalui habenula pada setiap sisi dan menyilang serta berakhir pada habenula sebelah yang lain. |
compensating hypertrophy | hipertrofi pampasan | Biologi | Ekologi | Pertumbuhan abnormal sesuatu bahagian organ apabila bahagian yang lain dibuang. Misalnya, pembuangan sebelah ginjal pada tikus akan menyebabkan saiz ginjal yang seblah lagi menjadi lebih besar untuk menyesuai dengan fungsinya yang bertambah. |
selective landing nipple | puting pendaratan memilih | Kejuruteraan | Petroleum | Puting pendaratan dengan profil bahagian sebelah dalam memberikan bukaan penuh (tidak ada pengecilan garis pusat dalam). Kegunaan puting jenis ini adalah untuk menutup telaga, menguji tetiub, dan bertindak sebagai tempat meletakkan injap keselamatan tetiub, tempat meletakkan pencekik atau alat atur dasar lubang, tempat menggantung tapisan pasir, tempat menggantung paip perpanjangan, dan lain-lain lagi. |