Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum ini

Puisi
 

Orang hulu memalu nobat,
     Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
     Kalau dibuat menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
portfolio returnpulangan portfolioPentadbiran PerniagaanTiadaPengambilalihan semula portfolio yang telah diinsuranskan semula sebelum ini oleh syarikat mengesid.
alien pathogenpatogen asingBiologiPatologiPatogen yang biasanya tiada, atau tidak ditemui, atau sebelum ini tidak pernah terdapat di dalam sesuatu patosistem. Contohnya ialah Fusarium proliferatum, penyebab penyakit besar rabu pada padi di Malaysia. bd. patogen asli.
warm marketpasaran hangatEkonomiTiadaRangkaian bakal pelanggan yang pernah dihubungi atau mempunyai perhubungan sebelum ini seperti ahli keluarga, rakan sekerja, jiran dan sebagainya.
blind datejanji temu butaUmumTiadaJanji temu dengan seseorang yang belum pernah ditemui sebelum ini.
multistage sequential optimizationpengoptimuman berjujukan berbilang tahapPentadbiranTiadaSemua nilai-nilai optimum yang telah ditentukan sebelum ini pada semua tahap digabungkan ke dalam nilai pulangan terkumpul pada tahap penilaian.
backwards compatibleserasi ke belakangTeknologi MaklumatTiadaKeupayaan atur cara untuk membaca fail yang dicipta oleh atur cara versi sebelum ini. Sinonim serasi ke bawah Banding serasi ke atas
discovery filmfilem penerokaanKomunikasiTiadaFilem yang mengemukakan aspek teknikal, kandungan serta gaya penerbitan baru yang belum pernah dicuba oleh pengarah lain sebelum ini.
neutralized statenegara berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang berubah pendiriannya kepada tidak lagi memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersaing. Sebelum ini, negara tersebut merupakan sebuah negara yang jelas memihak tetapi telah mengalami proses peneutralan yang mengubah dasarnya kepada tidak memihak atau berkecuali. Contohnya, Jordan dalam kes Perang Teluk tahun 2003, telah berubah menjadi berkecuali apabila negaranya dian cam oleh Amerika Syarikat jika memihak kepada Iraq.
primary marketpasaran peringkat pertamaEkonomiEkonomi IslamPasaran kewangan yang menjalankan urus niaga pengeluaran sekuriti baharu yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini. Pasaran ini juga digunakan oleh pemegang sekuriti untuk menebus sekuriti tersebut pada masa matang. Fungsi utamanya adalah untuk membolehkan pengeluar sekuriti mendapatkan dana daripada pasaran. Contohnya, pengeluaran saham syarikat atau sijil pelaburan kerajaan.
d�j� vudeja vuPsikologiPsikologi UmumPerasaan yang dialami oleh seseorang seolah-olah sudah pernah berlaku sebelum ini. Deja vu ialah sejenis ilusi pengecaman atau paramnesia. Pengalaman ini dikatakan berlaku kerana wujudnya tanda saran yang pernah dialami tetapi tidak mencapai nilai ambangnya. Contohnya, apabila berada di tempat tertentu, sesuatu yang dilihat oleh individu itu kadangkala terasa seperti pernah dilihat sebelumnya.
12345678910...

Kembali ke atas