mong | mong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand. |
pull shovel | sodok tarik | Kejuruteraan | Tiada | Pengorek yang dipasang dengan lengan berengsel tempat sebiji baldi dipasang secara tegar, yang ditarik ke arah mesin penggorek itu semasa operasinya. Sinonim: pengorek kaut. |
consomme with egg yolk | konsome kuning telur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Konsome yang mengandungi kuning telur, sebiji secatuan. |
metrische bewerking (Bld.) | olahan terikat | Kesusasteraan | Tiada | Puisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya. |
bronchial cuff | kaf bronkus | Perubatan | Tiada | Bahagian yang boleh digelembungkan dan terletak di hujung tiub endobronkial. Bahagian ini terdiri daripada membran berbentuk sebiji belon kecil yang boleh diisi dengan udara atau cecair. Selepas tiub endobronkial dimasukkan ke dalam bronkus, udara atau cecair sebanyak 2 ml hingga 5 ml dipam ke dalam belon. Belon akan mengembang dan menutup bahagian sisi endobronkial untuk menghalang udara keluar menerusi sisi tiub tersebut. |
balloon tamponade | tamponad belon | Perubatan | Tiada | Alat khas yang berfungsi untuk menaikkan tekanan darah arteri. Alat ini terdiri daripada seutas dawai dengan sebiji belon di bahagian hujungnya dan dimasukkan ke dalam arteri aorta. Tamponad belon biasanya digunakan oleh pakar kardiologi, pakar bius kardiotorasik dan pakar bedah kardiotorasik untuk merawat pesakit yang mengalami hipotensi atau renjatan akibat kegagalan fungsi ventrikel kiri. |
polyembryony | poliembrioni | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila dua individu atau lebih terhasil daripada satu sel oleh pembahagian embrio, pada satu peringkat yang sangat awal. Keadaan ini ketara pada serangga himenoptera parasit yang sesetengahnya menghasilkan beratus-ratus embrio daripada sebiji telur. |
engkerumong | engkerumong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri daripada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak. |
nobat | nobat | Muzik | Tiada | Genre muzik instrumental klasik istana yang melambangkan status serta kuasa raja dalam masyarakat Melayu. Nobat dimainkan dalam semua upacara diraja seperti pertabalan, perkahwinan atau meraikan tetamu kehormat di istana. Ensembel nobat merangkumi alat muzik seperti serunai dan nafiri (dua gendang dan sebiji nekara) yang juga dikenali sebagai gendang belanga atau nengkara. Kadangkala ensembel ini disertai alat muzik gong gantung. Pemain muzik nobat dikenali sebagai orang kalur atau orang kalau. Ensembel nobat terdapat di istana Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Nobat dipercayai berasal daripada muzik genre yang dikenali dengan nama naubah atau naubat yang menjadi terkenal pada Zaman Khalifah Abassiyah pada abad ke-9. Naubah telah dibawa ke Iran, Syria, Turki, India dan Malaysia melalui penyebaran agama Islam ke negara tersebut. |
engkerurai | engkerurai | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon. Engkerurai merupakan sejenis organ mulut yang mempunyai paip dengan rid yang tidak dikawal. Alat muzik ini mempunyai enam hingga tujuh tiub buluh yang ditiunkan dalam skel pentatonik. Setiap hujung tiub dimasukkan dan digamkan dalam sebiji labu. Pemain meniup udara ke dalam labu tersebut melalui rid untuk menghasilkan pic tertentu. Alat muzik ini dimainkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Lihat juga sompoton. |