quantifier | pengkuantiti | Matematik | Tiada | Perkataan “sebilangan” atau “semua” dalam sesuatu pernyataan yang menerangkan bilangan objek yang dipertimbangkan. Misalnya, pernyataan “Sebilangan nombor genap ialah nombor perdana” dan “Semua segi tiga mempunyai sifat jumlah sudut bernilai 180o”. |
common denominator | penyebut sepunya | Matematik | Tiada | 1. Penyebut yang sama bagi sebilangan nombor pecahan. Contoh: Nombor 16 ialah penyebut sepunya bagi pecahan dan 2. Sebarang gandaan sepunya bagi sebilangan nombor pecahan. Contoh: Penyebut sepunya bagi pecahan dan ialah 30, 60, 90, dan sebagainya. |
trajectory | trajektori | Matematik | Tiada | 1. Lintasan yang dilalui oleh suatu zarah yang bergerak. 2. Lengkung yang memenuhi syarat tertentu, seperti yang melalui sebilangan titik tertentu atau yang bersilang dengan sebilangan lengkung tertentu pada sudut tertentu. |
heptyne | heptuna | Kimia | Tiada | Sebilangan sebatian organik dalam siri homolog alkuna yang mempunyai formula am C7H12. |
heptanone | heptanon | Kimia | Tiada | Sebilangan sebatian organik dalam kelas keton yang mempunyai formula molekul C7H22O. |
heptene | heptena | Kimia | Tiada | Sebilangan sebatian organik dalam siri homolog alkena yang mempunyai formula molekul C7H14. |
heptylene | heptilena | Kimia | Tiada | Sebilangan sebatian organik yang tergolong dalam siri homolog alkena yang mempunyai formula am C7H14. |
algorithm | algoritma | Matematik | Tiada | Sebilangan langkah dalam tertib tertentu untuk menyelesaikan masalah. |
cluster | gugusan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebilangan peranti terminal atau lokasi ingatan yang dikumpul bersama setempat, dikawal oleh pengawal gugusan. |
combination | gabungan | Matematik | Tiada | Pemilihan sebilangan benda daripada satu set benda tanpa mengambil kira tertib. Misalnya, gabungan yang mungkin bagi 3 benda daripada 4 benda a, b, c, dan d yang berlainan ialah abc, abd, acd, dan bcd. Terdapat empat cara pemilihan. Bandingkan pilih atur. |