Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dia.ka.la] | سدياکالا

Definisi : 1. yg dahulu, yg semula, yg sudah-sudah: maka surat dr Johor disuruh baginda jemput, spt adat yg ~; 2. sl sentiasa, selalu, setiap waktu: adapun Seri Rama ~ duduk dgn percintaannya juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dia.ka.la] | سدياکالا

Definisi : 1 selalu spt yg sudah-sudah atau spt biasa; sentiasa: Baginda ~ menghadap Seri Betara. 2 yg sudah-sudah; yg semula: Ahmad telah bekerja lebih giat drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sediakala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
geomagnetic stormsribut geomagnetMatematikTiadaPerubahan medan magnet bumi yang berlaku secara mendadak dan kemudiannya kembali pulih seperti sediakala, yang disebabkan oleh kesan suar suria.
savings with guaranteewadi‘ah yad damanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu, akaun semasa wadi‘ah dan akaun simpanan wadi‘ah.
savings with custodywadi‘ah yad amanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan tidak dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu.

Kembali ke atas