galactic rotation | putaran galaksi | Matematik | Tiada | Putaran Bimasakti di pusatnya, dan sedikit sebanyak semua komponennya turut juga terlibat dalam putaran ini. |
Great Rift | Rekah Besar | Matematik | Tiada | Kompleks nebula gelap yang besar, berbentuk seperti rantai yang sedikit sebanyak melindungi cahaya dari jalur. Bimasakti yang berbentuk sempit serta panjang, yang terletak di antara buruj Cygrus dengan Sagittarius. |
Chandrasekhar limit | had Chandrasekhar | Matematik | Tiada | Had jisim bagi bintang kerdil putih yang tidak berputar dan sedikit sebanyak, bergantung juga pada kandungan bintang, yakni 1.44 daripada jisim matahari bagi bintang kerdil putih jenis helium, menurun kepada 1.40 daripada jisim matahari bagi bintang karbon dan 1.11 daripada jisim matahari bagi bintang besi. Bintang yang jisimnya melebihi had jisim ini akan terpaksa mengalami perebakan graviti yang selanjutnya untuk menjadi bintang neutron, malah lohong hitam, kerana bahannya tidak akan berupaya untuk bertahan daripada daya graviti. |
anticompetitive practice | amalan antisaing | Ekonomi | Tiada | Kelakuan syarikat yang tidak menggalakkan persaingan antara pengeluar-pengeluar dan dengan itu syarikat berkenaan dapat menguasai sedikit sebanyak pasarannya. |
baroclinic atmosphere | atmosfera baroklinik | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan atmosfera yang permukaan-permukaan tekanan dan ketumpatan (atau isi padu spesifik) malarnya bersilang di suatu aras atau aras-aras. Atmosfera ini sedikit sebanyak bersifat baroklinik. Kebaroklinikan lampau menunjukkan adanya perbezaan besar suhu mendatar, yang mengakibatkan angin terma yang kencang. |
geomagnetism | geomagnetisme/ kegeomagnetan | Matematik | Tiada | , yang di permukaan bumi dapat disamakan dengan magnet bar di pusat bumi yang paksinya condong sebanyak 11.4 ke arah paksi putaran bumi dan dalam keadaan yang agak menyerong sedikit dari pusat lalu menjadikan kutub utara magnet berada lebih dekat dengan kutub utara berbanding dengan geografi kedudukan antara kedua-duanya kutub selatannya. |
carbon dioxide | karbon dioksida | Kimia | Tiada | Gas, formula CO2, tidak berwarna, tidak berbau, memejalwap pada suhu –78oC pada tekanan atmosfera dan larut campur sedikit di dalam air lalu menghasilkan asid karbonik. Karbon dioksida terdapat sebanyak 1.03% di dalam atmosfera. Sebatian ini disediakan secara pembakaran bahan berkabon seperti arang batu, gas asli, dan hidrokarbon. Gas ini juga disediakan secara tindak balas asid mineral terhadap karbonat. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dan sebagai bahan penyejuk beku. |
fresh water | air tawar | Kejuruteraan | Petroleum | Air yang sedikit sekali atau tiada langsung mengandungi garam terlarut di dalamnya. Air jenis ini selalu digunakan dalam industri petroleum, umpamanya sebagai cecair dasar bagi lumpur air tawar, untuk membuat sistem simen dan sebagainya. Umumnya, air jenis ini mempunyai garam terlarut kurang daripada 2,000 bahagian setiap juta. Kadang kala air jenis ini digunakan juga untuk menerangkan air laut normal, iaitu air laut yang mengandungi garam terlarut sebanyak 35,000 bahagian setiap juta. Biasanya air tawar mempunyai kecerunan tekanan hidrostatik sebesar 0.433 paun per inci persegi setiap kaki. |
MARDI digit grass | rumput MARDI digit | Veterinar | Tiada | Rumput yang berstolon, tumbuh bertompok-tompok dan mempunyai batang tegak dengan buku ruas yang mempunyai sedikit bulu halus. Rumpunnya sederhana tebal, dengan batang dan daun yang lembut dan boleh tumbuh setinggi 30-50 cm. Bahan kering yang dihasilkan ialah 16-23 tan/hektar setahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan dan mengandungi protein kasar sebanyak 8.5-10.5%. Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun walaupun mengeluarkan sedikit biji benih yang subur. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutamanya tanah gambut. Nama saintifik: Digitaria setivalva. |
aspirin | aspirin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C9H8,04; nama dagang, Aspirin, Aspro, Empirin; nama kimia, asid asetil sali silik. Hablur atau serbuk putih, tanpa bau, rasa pahit sedikit, dan stabil dalam udara kering. Aspirin terhidrolisis kepada ion salisilat oleh esterase yang terdapat dalam banyak tisu, terutamanya dalam hati dan merupakan salah satu ubat yang paling meluas penggunaannya dalam terapi, terutamanya sebagai analgesik, antipiretik dan antiradang. Bahan ini digunakan dalam dos rendah, iaitu 0.3 g - 1.0 g setiap 3 atau 4 jam secara oral dan digunakan secara meluas untuk menghalang penggumpalan darah dalam arteri koronari bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Bahan ini juga digunakan secara meluas untuk merawat penyakit artritis. Bahan ini merupakan alergen dan mungkin menyebabkan perdarahan. Dos sebanyak 10 g mungkin membawa maut. Kesan sampingan termasuk masalah perut dan usus (ulser), perdarahan, dan bunyi dalam telinga. Penggunaan dos yang tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah peng- gumpal |