inhaler | alat sedut; sedutan | Perubatan | Tiada | 1. Alat untuk memasukkan wap atau bahan-bahan anestesia melalui penyedutan.,2. Alat untuk mencegah habuk, debu, asap dan lain-lain daripada masuk ke dalam paru-paru, terutama bagi pesakit paru-paru. |
Meredith-Griffith flow | aliran Meredith-Griffith | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aliran Schlicting Bussmann yang diselesaikan pada keadaan asimptot bagi sedutan yang sekata dan plat yang berkepanjangan menghampiri tak terhingga. Penyelesaian yang diperoleh dijelaskan oleh ungkapan ux = u0 [1 � eksp (0? y/?)] Penyelesaian ini sesuai bagi keadaan Cf Re1/2 > 2 Cf = -?0/u0, dan dengan ux = halaju dalam arah paksi x, u0 = halaju aliran bebas, ? 0 = halaju sedutan, Re = nombor Reynolds, C1 = pekali seret geseran purata, y = jarak dalam paksi y, ? = kelikatan kinematik. |
plunger | pelocok | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rod panjang atau omboh bagi menarik dan menolak pam salingan.,2. Aci kayu yang mempunyai mangkuk sedutan di hujungnya, digunakan untuk membersihkan halangan-halangan perpaipan dan alur keluar sisa. |
knocking | ketukan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bunyi tukulan yang dapat didengar, yang dihasilkan oleh bahagian-bahagian yang longgar atau ledakan di dalam silinder enjin.,2. Bunyi pada pam pada masa balikan bagi gerakan sedutan dan penyerapan, apabila tiada disediakan bejana udara , atau apabila bejana udara yang disediakan tidak memadai luasnya. |
airway nursing management | pengurusan kejururawatan salur pernafasan | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Penjagaan salur pernafasan untuk mengelakkannya tersekat. Penjagaan yang dilakukan termasuklah baringan, sedutan kahak dan fisioterapi. 1.05pt;margin-bottom: 0in;margin-left:21.2pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;line-height: 12.7pt;mso-line-height-rule:exactly;background:white"> |
air pump | pam udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Alat untuk mengeluarkan udara dari ruangan tertutup. Alat ini memberikan kesan tekanan negatif atau vakum apabila udara dibuang dari ruangan tertutup. Alat ini dipacu oleh motor elektrik dan menggunakan mamometer raksa untuk mengekalkan keadaan vakum. Alat ini juga digunakan dalam industri pembuatan barangan plastik yang dihasilkan secara sedutan vakum. Alat ini dikenali juga sebagai pam vakum. 2. Alat untuk memindahkan udara dari satu ruang ke satu ruang yang lain. Alat ini dinamakan peniup untuk mendapatkan pergerakan udara semburan yang kuat dengan cepat. |
antiasthmatic | antiasmatik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan kesan untuk mengurangkan simptom asma atau Ielah. 2. Agen yang digunakan untuk merawat atau mencegah serangan asma. Terdapat lima kumpulan agen yang digunakan,iaitu bronkodilator (salbutamol, ipratropium bromida), kortikosteroid (budesonida), metilxantina (teofilina), antagonis leukotriena (montelukast) dan penstabil sel masta (natrium kromolin, omalizumab) yang boleh diambil secara oral, suntikan atau sedutan. Sesetengah daripada agen tersebut digunakan untuk rawatan akut serangan asma atau diambil secara berterusan untuk mencegah serangan asma. |
Schlicting-Bussmann flow | aliran Schlicting-Bussmann | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aliran bendalir di atas permukaan plat mendatar yang berongga apabila bendalir disedut ke dalam plat yang bertujuan untuk menambahkan bahan kimia, menyejukkan plat, mengurangkan kakisan, atau mengurangkan seret. Bendalir kadangkala juga dihembus daripada permukaan plat untuk mengelakkan pemindahan lapisan sempadan atau untuk membersihkan plat. Kes pengaliran ini dijelaskan oleh persamaan kebezaan berikut: f''' + f f'' = 0, dengan keadaan sempadan f = -1 jika h = 0 f' = 0 jika h = 0 f' = 1 apabila h � ? dan V(x) = A 2 [?u0/x]1/2. Kebezaan f adalah terhadap h yang ditakrifkan sebagai h = y [u0/2? x]1/2 dengan x = jarak dalam arah paksi x, y = jarak dalam arah paksi y, ? = kelikatan kinematik, ? = fungsi arus Lagrance, u0 = halaju aliran bebas, ?0 = halaju sedutan atau hembusan, A = pemalar (positif bagi hembusan negatif bagi sedutan). Persamaan kebezaan ini diselesaikan dengan menggunakan kaedah pengamiran berangka. |
dry powder inhaler | penyedut serbuk kering | Farmasi | Farmaseutik | Alat yang mengandungi campuran serbuk drug dan eksipien. Jumlah dos yang dilepaskan boleh dikawal dengan menebuk kapsul gelatin keras atau cakera kerajang gelembung yang mengandungi campuran tersebut. Dos diberikan melalui sedutan yang cukup kuat.1"> |
breath-actuated metered-dose inhaler | penyedut penggerak nafas dos terukur | Farmasi | Farmaseutik | Alat yang mengandungi drug yang terlarut atau terampai dalam bahan dorong cecair. Alat ini mempunyai injap pengukur yang mengawal jumlah dos yang dilepaskan apabila penggerak diaktifkan melalui sedutan yang cukup kuat.1"> |