Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, se­genap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, se­kalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn se­kehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1 tidak ada kecualinya; semua sekali; sekalian: ~ kehendaknya diturut oleh kedua-dua ibu bapanya. 2 tidak ada yg tertinggal; seluruh; segenap: ~ alam; ~ tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala

Puisi
 

Hari ini hari Arbaª,
     Besok hari Khamis;
Segala ingat segala qadaª,
     Malaikat Katibin sedia menulis.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(64)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mata segala(Ib.)mata segala(Ib.)KesenianTiadaMata yang berbentuk bulat dan bertitik di bahagian tengahnya.
mata segala beregang(Ib.)mata segala beregang(Ib.)KesenianTiadaMata yang berbentuk bulatan yang berpalang di dalamnya.
ballistics(ilmu) balistikFizikMekanikCabang ilmu mekanik terapan tentang pergerakan dan segala perilaku misil, seperti projektil, bom, roket dan sebagainya, dan juga segala fenomenon yang berkaitan.
internal auditaudit dalamanPentadbiranPentadbiran Awam

Pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi.

flight data recorder (FDR)perakam data penerbanganAeroangkasaTiadaPerakam yang merakam secara berterusan segala maklumat berkaitan dengan peralatan avionik/operasi pesawat udara.,Terowong angin berkelajuan rendah yang bersaiz besar dan digunakan untuk mengkaji ciri-ciri aerodinamik di sekeliling jasad yang besar seperti kereta atau model bangunan.,Perakam yang merakam secara berterusan segala maklumat berkaitan dengan peralatan avionik/operasi pesawat udara.
administrative controlkawalan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang diambil untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan tadbir urus sesebuah organisasi. Tindakan ini adalah bertujuan untuk memastikan segala kuasa yang diberikan tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. Dengan adanya kawalan ini, segala perancangan jabatan dapat berjalan lancar seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

all-agedsegala umurPerhutananTiadaTiada
all-agedsegala umurPertanianTiadaTiada
all rankssegala peringkatUndang-undangTiadaTiada
all rightssegala hakUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas