synchronous phase advancer | pemaja fasa segerak | Teknik | Elektrik | Motor segerak yang digunakan untuk tujuan membaiki faktor kuasa. Jika nilai voltan ujaan arus terus yang diberikan pada pemutar motor itu lebih daripada biasa, faktor kuasa mendulu akan diperoleh, sebaliknya faktor kuasa mengekor diperoleh jika nilai voltan ujian ini dikurangkan. Faktor kuasa yang dibaiki dengan menggunakan pemaju fasa segerak lebih menguntungkan berbanding dengan pemuat kerana motor ini boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja, dan tidak seperti pemuat yang tidak menjalankan sebarang kerja selain sebagai pembetul faktor kuasa. Sinonim pemuat segerak. |
synchronous capacitor | pemuat segerak | Teknik | Elektrik | Lihat pemaju fasa segerak. |
sync-pulse generator | penjana isyarat segerak | Pendidikan | Tiada | Alat yang boleh menjana isyarat segerak secara elektronik. |
sync pulse | denyut segerak | Komunikasi | Tiada | Denyutan sebanyak enam puluh pusingan yang digunakan untuk menentukan gambar dan bunyi segerak. |
SDH (synchronous digital hierarchy) | SDH (hierarki digital segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian antarabangsa untuk penghantaran data segerak pada bahantara optik. Kelajuan yang disokong ialah 1.55Mbps, 622Mbps dan 2.5Gbps. |
SONET (synchronous optical network) | SONET (rangkaian optik segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian ANSI untuk penghantaran data segerak pada bahantara optik. Kadar pemindahan data asas ialah 51.8 megabit per saat(mbps) sehingga 2.48 gigabit per saat(gbps). SONET setara dengan piawaian antarabangsa SDH. |
SDLC (synchronous data link control) | SDLC (kawalan pautan data segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol komunikasi segerak berorientasi bit yang bertujuan untuk penghantaran data berkelajuan tinggi antara peranti. Protokol ini dibangunkan oleh IBM pada tahun 1970-an. |
ACIA (asynchronous communication interface adapter) | ACIA (penyesuai antara muka komunikasi tak segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti yang membekalkan sambungan kepada talian komunikasi dengan menggunakan mod penghantaran tak segerak. |
synchronous motor | motor segerak | Teknik | Elektrik | Motor a.u. tiga fasa atau satu fasa yang kelajuan pemutarnya sama dengan kelajuan putaran medan magnet di pemegun. Kelajuan motor ini berkadar terus dengan frekuensi bekalan dan bilangan kutub mesin tersebut. Motor ini boleh digunakan untuk beban lebih atau beban penuh. Di samping tugasnya sebagai motor, motor segerak juga boleh membaiki faktor kuasa bekalan iaitu dengan mengawal voltan ujaan arus terus ke motor tersebut. Motor segerak boleh digunakan .sebagai motor pengepam dan motor pemampat. |
geostationary orbit | orbit geopegun | Teknologi Maklumat | Tiada | Putaran yang mempunyai sifat yang sama seperti orbit segerak tetapi mengelilingi bumi dan berada di atas khatulistiwa. Lihat juga orbit segerak |