news clip | klip berita | Komunikasi | Tiada | Segmen-segmen berita yang disiarkan dalam tempoh masa yang singkat dalam siaran tertentu. Berita jenis ini biasanya disertakan dengan visual. |
linking loader | pemuat pemautan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Atur cara komputer yang mengambil segmen-segmen atur cara dan menempatkannya satu persatu dalam ingatan, melaras lokasi suruhan lompat dan panggil untuk memadankannya dengan penempatan baru dalam ingatan.,2. Rutin yang menggabungkan segmen atur cara dan mengumpuk semula alamat-alamat untuk menggambarkan lokasi ingatan yang baru.,3. Pembeban boleh cari yang menghubung beberapa modul objek kepada suatu modul beban tunggal, melerai rujukan luar dalam proses itu. Hal ini membolehkan pengguna memuat atur-atur caranya ke dalam mana-mana kawasan ingatan. |
merotomy | merotomi | Perubatan | Tiada | Pemotongan dan pemisahan kepada segmen-segmen, terutama pemotongan suatu sel. |
paging | kelui; penghalaman | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kelui: Kaedah mencari dan menyalin tukar segmen-segmen kepada dan daripada ingatan komputer utama.,2. Memanggil orang tertentu melalui sistem siar raya, atau memanggilnya melalui penerima radio saku yang mengeluarkan isyarat pengwaspadaan.,3. Blok logik storan pada ingatan yang digunakan untuk pengurusan ingatan. |
tagmosis | tagmosis | Biologi | Fisiologi | Proses penggabungan tagma pada haiwan yang badannya terdiri daripada segmen-segmen, misalnya serangga. |
internal force | daya dalam | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang dihasilkan dalam sistem badan yang melibatkan paduan segmen-segmen badan dan menghasilkan keadaan keseimbangan. Contohnya, mengangkat tangan atau kaki. |
pseudoseptum | pseudoseptum | Biologi | Mikologi | 1. Membran protoplasma atau membran vakuol yang kelihatan seperti septum. Membran ini memisahkan hifa kepada segmen-segmen. 2. Septum pada hifa Chytridiomycetes yang mempunyai juzuk kimia yang berbeza dengan juzuk kimia dinding selnya. |
joining segment | segmen penyambungan | Biologi | Genetik | Segmen gen kecil tempat segmen gen V dan C imunoglobulin bersambung. |
boria | boria | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan teater rakyat di Pulau Pinang yang menggunakan dua segmen persembahan. Segmen pertama bermula dengan sketsa komik, sekitar 10 hingga 15 minit berkenaan dengan isu semasa. Segmen kedua pula diikuti dengan lagu tari yang ditarikan oleh 10 hingga 12 penari di bawah pimpinan seorang tekong sebagai ketua. Dalam persembahan boria, elemen pengikat antara sketsa komik dan lagu tari ialah tema yang sama. |
coax | koksa | Biologi | Entomologi | Segmen pertama atau segmen proksimal kaki serangga. koksopodit. |