Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photo featurerencana fotoKomunikasiTiadaRangkaian gambar foto mengenai sesuatu peristiwa yang diterbitkan dari mula hingga akhir secara berturutan sehingga menjadi sebuah cerita.
D1S80D1S80Sains ForensikTiadaSatu lokus ulangan tandem bilangan berubah (VNTR) yang terdapat pada kromosom 1 dalam tubuh manusia. Lokus ini terdiri daripada segmen DNA sepanjang 16 nukleotida yang jujukannya ditemui berulangan sehingga 15 hingga 41 kali. Kepelbagaian dalam bilangan ulangan ini menjadi asas kepada analisis pemprofilan DNA yang menggunakan teknik amplifikasi dalam DNA tetapi penggunaan D1S80 kemudiannya telah digantikan oleh lokus yang mempunyai tandem ulangan pendek (STR) seperti yang digunakan oleh CODIS. Lihat juga VNTR, CODIS.
Cold stratificationStratifikasi sejukPertanianAgronomi

Sejenis rawatan terhadap biji benih tanaman di kawasan temperat untuk memecahkan dormansi biji benih. Biji benih tidak bercambah sehingga ia terdedah kepada suhu sejuk yang harus dilalui dalam keadaan semula jadi untuk memecah dormansi. Dalam kaedah ini biji benih direndam dalam air yang disejukkan sehingga 1 hingga 3 oC dalam tempoh 1 hingga 3 bulan

bound waterair terikatGeologiTiada2. Air yang merupakan bahagian suatu sistem seperti tisu atau tanih dan tidak membentuk hablur ais sehingga suhu bahan direndahkan hingga kira-kira -20oC.
yield to maturityhasil hingga matangPentadbiranTiadaKadar hasil bagi sesuatu sekuriti jika dipegang sehingga tarikh matang.
good-till cancel orderpesanan baik hingga batalPentadbiran PerniagaanTiadaPesanan yang berkuat kuasa sehingga dibatalkan.
excavationekskavasiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses mengumpul data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia. Aktiviti gali cari atau ekskavasi bermula dari permukaan tanah hingga ke bawah sehingga mencapai tahap lapisan tanah budaya asal. Gali cari sesebuah kawasan berskala kecil atau besar boleh menyebabkan kemusnahan bukti primer. Ahli arkeologi perlu berhati-hati semasa melakukan gali cari dan bertanggungjawab terhadap bukti yang akan musnah. Sebelum sesuatu kawasan diputuskan untuk digali cari, beberapa tahap pengesanan bawah tanah perlu dilakukan dengan menggunakan arus rintangan elektrik, survei permukaan tanah atau bawah tanah, dan foto udara. Sinonim gali cari.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
huebneritehuebneritGeologiTiadaMineral daripada siri wolframit yang berwarna merah kecoklatan hingga hitam dan mungkin mengandung sehingga 20 peratus besi tungstat.
persistencyketegaranPentadbiran PerniagaanTiadaPengekalan polisi sepenuhnya sehingga tamat tempoh polisi tersebut. Ketegaran tinggi bermakna peratusan polisi yang tinggi berkuat kuasa hingga ke akhir jangka masa perlindungan, manakala ketegaran rendah bermakna terdapat peratusan polisi yang tinggi menjadi lupus kerana premium tidak dijelaskan.
1234567

Kembali ke atas