Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejarahnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
yellow pages advertisingpengiklanan halaman kuningKomunikasiKorporatMaklumat pengiklanan dan promosi barangan atau perkhidmatan yang terkumpul dalam sesuatu penerbitan bercetak, yang dari segi sejarahnya menggunakan kertas berwarna kuning. Penerbitan ini disediakan khusus untuk memudahkan rujukan pelanggan bagi mendapatkan maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan yang diperlukan. Selain maklumat asas mengenai syarikat atau organisasi, penerbitan ini juga menyediakan halaman iklan barangan dan perkhidmatan. Maklumat iklan disusun berdasarkan abjad dan biasanya dipersembahkan dalam bentuk panduan telefon. Oleh sebab jumlah maklumat yang banyak, maka penerbitan iklan halaman kuning tersebut dikelompokkan mengikut kawasan geografi berdasarkan tempat syarikat beroperasi. Walau bagaimanapun, penerbitan pengiklanan bentuk ini boleh dicetak menggunakan kertas berwarna lain tetapi masih dikenali sebagai pengiklanan halaman kuning.
media systemsidang mediaKomunikasiKorporatSistem yang menunjukkan kedudukan dan amalan pelaksanaan media dalam sesebuah negara. Terdapat empat jenis sistem asas media, iaitu sistem media Soviet Komunis, autoritarian, libertarian, dan tanggungjawab sosial. Antara empat jenis sistem tersebut, terdapat sistem yang membenarkan aktiviti pengiklanan serta perhubungan awam dilaksanakan dan terdapat juga sistem yang tidak membenarkannya. Contohnya, dalam sistem media autoritarian, mungkin wujud aktiviti pengiklanan dan perhubungan tetapi pelaksanaannya terhad dan terkawal. Walau bagaimanapun, dalam sistem media libertarian, aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam boleh bergerak secara bebas. Malah dari segi sejarahnya, konsep pengiklanan dan perhubungan awam wujud dan berkembang dalam sistem libertarian. Dalam sistem tanggungjawab sosial pula, aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam juga wujud serta berkembang tetapi tertakluk kepada etika dan peraturan yang dibentuk bagi mengawal kepentingan khalayak atau pengguna.
morality playsusilawaraKomunikasiKorporatSejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka.

Kembali ke atas