occasional care | jagaan sekali-sekala | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
episodic care | penjagaan sekali-sekala | Kejururawatan | Tiada | Rawatan yang diberi kepada klien ketika kejadian sesuatu penyakit. |
shopping goods | barang beli-belah | Ekonomi | Tiada | Barang yang dibeli sekali sekala oleh pembeli dan harganya adalah lebih tinggi seperti televisyen, motokar, komputer peribadi dan perabot. |
casual income | pendapatan sesekali | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pendapatan yang diperoleh sekali-sekala. |
phlegmasia alba dolens | flegmasia alba dolens | Perubatan | Tiada | Inflamasi vena femur yang berlaku sekali-sekala berikutan proses kelahiran anak atau demam akut. Keadaan ini dicirikan dengan bengkak pada tungkai bawah, biasanya tanpa menunjukkan warna kemerahan. Sin: leukoflegmasia |
poliomyelitis | poliomielitis | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit virus akut yang berlaku secara epidemik dan sekali-sekala. Penyakit ini dicirikan dengan gejala-gejala, seperti demam, sakit tekak, pening dan muntah-muntah. Gejala ini sering disertai dengan kekakuan pada belakang tubuh dan leher. Dalam keadaan yang teruk, penyakit ini mungkin mengakibatkan kelumpuhan. |
Bishop's ring | gelang Uskup | Geologi | Tiada | Korona yang kelam, lebar dan berwarna coklat kemerahan yang sekali-sekala terlihat di awan debu, terutamanya yang dihasilkan dari letusan volkano yang kuat. |
intermittent chronic pain | sakit kronik berselang-selang | Perubatan | Tiada | Kesakitan kronik yang dicirikan oleh episod kesakitan sekali-sekala. |
Weil�s disease | penyakit Weil | Perubatan | Tiada | Sejenis leptospirosis yang teruk, yang dicirikan dengan demam, jaundis, mialgia dan sekali-sekala terjadi meningitis dan nefritis. |
altostratus | altostratus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Genus awan berwarna agak kebiruan atau keabuan yang berbentuk lapisan atau lembaran awan yang berserabut atau berbentuk sekala. Altotratus sering menutupi keseluruhan atau sebahagian langit. Lapisan awan ini mempunyai bahagian yang tipis yang menampakkan matahari; jika terdapat celah dan renggangan, bentuk dan jarak lapisan awan tidak teratur. |