di nuovo (It) | sekali lagi | Kesenian | Tiada | Tiada |
regression testing | ujian regresi | Teknologi Maklumat | Tiada | Pelaksanaan sekali lagi kes ujian yang telah berjaya dilakukan oleh atur cara untuk mengesan ralat yang terhasil semasa pembetulan perisian atau aktiviti pengubahsuaian. |
reflection attack | serangan pantulan | Teknologi Maklumat | Tiada | Jenis penyamaran yang menghantar mesej yang telah dihantar sekali lagi kepada pengirim asal. |
refractory period | kala refraktori | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tempoh apabila tisu yang telah dirangsang tidak boleh dirangsangkan sekali lagi selepas itu. |
acquittal | pembebasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keputusan mahkamah atau tribunal jenayah yang membebaskan atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan. Si tertuduh dibebaskan apabila di hujung perbicaraan, mahkamah mendapati si tertuduh �tidak bersalah�. Si tertuduh yang dibebaskan tidak boleh didakwa sekali lagi atas pertuduhan yang sama atas prinsip ancaman berganda. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa. |
orderly close-down | tutup terus tertib | Kejuruteraan | Tiada | Memberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula. |
Bulk-population selection | Pemilihan populasi pukal | Pertanian | Agronomi | Kaedah pembiakbakaan yang bermula dengan kacukan antara dua baka dan hasil kacukan ini (F1), ditanam secara besar-besaran. Pemilihan dibuat berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki, dan benih F1 terpilih ditanam dan pemilihan seterusnya dilakukan sekali lagi terhadap generasi F2 dan berikutnya. Kaedah ini harus dilakukan dalam skala yang besar seperti dalam tanaman komersial supaya kombinasi baka yang terbaik dapat dipilih. |
intermittent gas lift | angkat gas terputus-putus | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isipadu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isipadu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan. |
comet | komet | Aeroangkasa | Tiada | Jasad samawi yang terdiri daripada nukleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai koma dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila menghampiri perihelion dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan matahari meningkat sekali lagi. |
Comet | Komet | Matematik | Tiada | Jasad samawi yang terdiri daripada nukleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dan dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai Koma, dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila menghampiri perihelion, dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan matahari meningkat sekali lagi. |