Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Kain biru pengesat tangan,
     Orang berjamu di rumah kenduri;
Mata beradu lalu berpandangan,
     Kita bertemu baru sekali.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berkelahi di hujung batang,
     berbaik di pangkal batang.

Bermaksud :

Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
once-through steam boilerdandang stim sekali laluKejuruteraanTiadaDandang stim yang mengandung gelung panjang yang diperbuat daripad tiub keluli yang dipanaskan supaya air tersejat dengan segera.
conversion per passtukaran per laluanKejuruteraanTiada1. Hasil gasolin terpecah per unit suapan segar untuk operasi pemecahan sekali lalu.
lane hoggingpemonopolian lorongUmumTiadaPemanduan kenderaan secara perlahan di lorong laju tanpa sebab yang munasabah sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
lane hoggerpemonopoli lorongUmumTiadaPemandu kenderaan yang memandu perlahan di lorong laju tanpa sebab yang munasabah sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
vibrationgetaranMekanikGunaanAyunan yang melibatkan jasad yang anjal dan keanjalan bahan berkenaan merupakan daya yang cenderung untuk mewujudkan semula kedudukan atau bentuk yang asal apabila jasad diubah bentuknya. Biasanya, dalam getaran, bentuk jasad itu diherot oleh suatu daya, kemudian keanjalannya mengembalikannya kepada bentuk asal, lalu melampaui kedudukan neutralnya pada arah yang berlawanan, dan kemudiannya keanjalan mengembalikannya semula ke dudukan neutral itu lalu sekali lagi melampaui kedudukan itu pada arah yang pertama tadi, dan proses ini berterusan [Rajah G10]. RAJAH G10 (rujuk mss. 55)
deadheadinglalu butaKejuruteraanTiadaAmalan melalui satu jalan raya yang sama lebih daripada sekali. Amalan begini perlu dielakkan dalam pemungutan sampah.
flood irrigationpengairan banjirPertanianAgroteknologiKaedah pengairan yang dilakukan dengan menggunakan air yang dibanjirkan di sesuatu kawasan tanaman. Kaedah ini memerlukan kemudahan tali air di kawasan tanaman berhampiran dan apabila diperlukan, tali air ini akan disekat lalu menyebabkan air di dalam tali air itu melimpah dan masuk ke dalam kawasan tanaman, yang sekali gus mengairkan tanaman tersebut. Air yang berlebihan akan mengalir masuk di hujung kawasan tanaman. Selain daripada tali air, paip air besar juga boleh digunakan untuk mengairi tanaman. Air akan disalurkan ke kawasan tanaman dengan membuka injap daripada paip besar tersebut.
flashbackimbas kembaliKesenianDrama dan TeaterTeknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot kebelakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbualan.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.

Kembali ke atas