industrial momentum | momentum perindustrian | Geografi | Tiada | tetapi juga menambahkan kepentingannya setelah keadaan asal yang mempengaruhi pertumbuhannya di kawasan tersebut telah berubah, tidak lagi penting atau pun hilang sama sekali. |
masculine ending | akhiran ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
masculine rhyme | rima ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil. |
anti-knock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatan kimia yang apabila sedikit sahaja dicampurkan kepada suapan bahan bakar bagi enjin pembakaran dalam akan mempunyai sifat penindasan ketukan yang lebih baik. Sifat ini terjadi disebabkan oleh peningkatan pengkadaran oktana bahan bakar dalam nilai yang besar apabila sedikit sahaja sebatian kimia tersebut dicampurkan ke dalam bahan bakar. Dengan demikian, pembakaran bahan bakar tersebut akan lebih sempurna dan letupannya pun akan berkurangan atau musnah sama sekali. |