chain rhyme | rima berkait | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkait pola rimanya, contohnya dalam gurindam a a atau syair a a a a. Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. |
couplet | rangkap dwibaris | Kesusasteraan | Puisi | Dua baris yang membentuk sebuah rangkap puisi yang sama rima akhimya. Rangkap dwibaris ini mengandungi pemikiran pengarangnya. Contohnya, "Gurindam Dua Belas" karya Raja Ali Haji. Sinonim kuplet. Barang siapa tiada memegang agama. sekali-kali tiada boleh diksilangkan nama. |
single cream | putar satu kali | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Putar satu kali: Adunan yang diputar sekali sahaja.,2. Krim yang mengandungi sedikit sahaja lemak. |
repeat | ulang | Kejuruteraan | Tiada | Melakukan sesuatu sekali atau beberapa kali lagi, misalnya uji kaji yang dilakukan semula untuk menyemak keputusannya. |
الطلاق الثلاث | talak tiga | Agama Islam | Tiada | Talak yang telah berlaku tiga kali secara berasingan atau sekali gus dengan lafaz talak tiga. |
blok-lilin | blok-lilin | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan sarang. Dengan proses ini pukul lilin dan celup warna dibuat sebanyak dua kali. Setelah dipukul buat kali pertama, kain dicelup untuk mendapatkan warna asas, dibilas dan dijemur, kemudian dipukul semula untuk menutup warna pertama sebelum dicelup warna dan dibilas sekali lagi dan seterusnya direbus. |
WORM (write once read many) | WORM (tulis sekali baca banyak ) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem storan cakera optik yang membenarkan tulisan dibuat hanya sekali tetapi boleh dibaca berkali-kali. |
Write Once Read Many (WORM) | Tulis Sekali Baca Banyak (WORM) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penyimpanan data dalam peranti storan yang hanya boleh dirakam sekali sahaja tetapi boleh dibaca banyak kali. Kawasan peranti storan yang telah digunakan untuk rakaman tidak boleh dipadam atau dirakam semula. Contoh peranti storan adalah seperti Ingatan Baca Sahaja (ROM), CD-ROM dan CD-R. |
double taxation agreement | perjanjian cukai dua kali | Ekonomi | Tiada | Perjanjian antara negara-negara yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya cukai dua kali ke atas pendapatan antarabangsa, seperti untuk perniagaan, dividen dan royalti yang diperoleh di sebuah negara dan dikirimkan ke negara lain. Dengan demikian, cukai boleh dielak dari dikenakan dua kali ke atas pendapatan atau perolehan yang sama di negara di mana perusahaan itu berada dan sekali lagi di negara di mana pendapatan itu dikirimkan. |
double taxation agreement | perjanjian cukai dua kali | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian antara negara-negara yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya cukai dua kali ke atas pendapatan antarabangsa, seperti untuk perniagaan, dividen dan royalti yang diperoleh di sebuah negara dan dikirimkan ke negara lain. Dengan demikian, cukai boleh dielak dari dikenakan dua kali ke atas pendapatan atau perolehan yang sama di negara di mana perusahaan itu berada dan sekali lagi di negara di mana pendapatan itu dikirimkan. |