Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.tan] | سکتن

Definisi : 1. benda (dinding dll) yg mem­bahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hen­­daklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.tan] | سکتن

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang se­suatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
model relaxationpelonggaran modelPentadbiranTiadaMenggugurkan sekatan-sekatan tertentu dalam sesuatu model.
barrier to tradesekatan perdaganganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSekatan yang dikenakan oleh negara pengimport terhadap barangan diimport. Bentuk sekatan perdagangan termasuklah tarif, iaitu duti import dan sekatan bukan tarif seperti sekatan kuantitatif, sekatan teknikal perdagangan (TBT), langkah sanitari dan fitosanitari (SPS) dan langkah antilambakan. Sekatan perdagangan juga boleh dikenakan secara tidak langsung terhadap import seperti subsidi pengeluar tempatan. Sekatan perdagangan melindungi pengeluar tempatan di negara pengimport daripada persaingan terbuka tetapi boleh mengurangkan kebajikan ekonomi negara tersebut dalam jangka masa panjang. Sekatan perdagangan merupakan isu utama dalam setiap rundingan Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana sekatan tersebut bertentangan dengan prinsip pasaran bebas dan dikawal selia oleh pertubuhan antarabangsa tersebut.
filtrationpenurasanBiologiFisiologiProses memindahkan/mengeluarkan partikel daripada larutan dengan membenarkan bahagian bendalir melalui membran atau semi sekatan. Sekatan biasanya terdiri daripada lubang atau ruang yang akan dilalui oleh bendalir tetapi tidak dapat ditembusi oleh partikel pepejal.
credit squeezekeketatan kreditKejuruteraanTiadaKawalan kredit oleh pemerintah, bertujuan membuat kredit lebih sukar dan lebih mahal untuk diperoleh, dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi, sekatan-sekatan terhadap sewa beli dan peminjaman bank atau langkah-langkah lain yang sepertinya.
land ownership registrationdaftar hak milik tanahSosiologiTiadaSistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan.
barrier nursingperawatan sekatan/rawatan sekatanPerubatanTiadaKaedah pencegahan tersebarnya jangkitan dari seorang pesakit ke pesakit-pesakit lain di dalam wad terbuka.
international blockadesekatan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSekatan yang dilakukan oleh sesebuah negara atau pertubuhan dunia terhadap sesebuah negara lain yang telah melanggar undang-undang antarabangsa. Sekatan ini merupakan suatu teknik atau alat yang digunakan untuk memaksa negara tersebut supaya mengubah perilakunya atau tidak melakukan perkara yang tidak diingini oleh negara lain. Contohnya, sekatan antarabangsa (sekatan ekonomi) telah digunakan oleh PBB terhadap Iraq kerana menceroboh Kuwait pada tahun 1990.
sekatan batang pisangsekatan batang pisangKerisTiadaBatang pisang yang dikerat sepanjang satu setengah kaki hingga dua kaki yang digunakan sebagai bahan tikaman bagi membasahkan mala keris.
sekatan batang pisangsekatan batang pisangKerisTiadaBatang pisang yang dikerat sepanjang satu setengah kaki hingga dua kaki yang digunakan sebagai bahan tikaman bagi membasahkan mala keris.
median nerve blocksekatan saraf medianPerubatanTiadaSekatan saraf periferi yang biasanya dilakukan di pergelangan tangan atau siku. Prosedur ini digunakan sebagai tambahan kepada sekatan pleksus brakial atau pembedahan sindrom terowong karpal. Lihat juga sekatan pleksus brakial.
12345678910...

Kembali ke atas