Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecocidepemusnahan alam sekitarAlam SekitarTiadaKerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya.
environmental degradationkemerosotan alam sekitar/ rosot alam sekitarUmumTiadaTiada
Euler’s theoremteorem EulerMekanikGunaanTeorem untuk putaran jasad di sekitar paksi tetap di ruang, yang menyatakan bahawa sebarang gerakan terhingga jasad tegar di sekitar titik tetap di ruang adalah setara dengan satu putaran jasad itu di sekitar paksi tertentu yang melalui titik berkenaan. Oleh itu, jumlah gerakan jasad di sekitar titik tetap boleh digantikan dengan putaran tunggal jika paksi yang berkenaan dikenal pasti.
invariable linegaris tak boleh ubahMekanikGunaanGaris tindakan bagi momentum sudut malar di sekitar pusat jisim jasad, apabila jasad berkenaan mejam di sekitar simetrinya dan meliuk di ruang dengan momen sifar di sekitar pusat jisimnya.
parallel-axes theoremteorem paksi selariMekanikGunaanTeorem yang menghubungkan nilai momen sifatekun (jisim atau luas) di sekitar paksi yang melalui sentroid dengan nilainya di sekitar paksi-paksi lain yang selari dengan paksi sentroid itu. teorem ini ditulis sebagai, I = IG + md2 untuk momen sifatekun jisim dan, I = IG + Ad2 untuk momen sifatekun luas. Dalam ungkapan-ungkapan tersebut, IG ialah momen sifatekun di sekitar paksi sentroid, I ialah momen sifatekun di sekitar sebarang paksi yang selari dengan paksi sentroid, d ialah jarak tepat di antara dua paksi yang berkenaan, manakala m ialah jisim dan A ialah luas yang berkenaan. Teorem ini boleh digunakan untuk hasil darab sifatekun, iaitu, Ixy = (Ix’y’)G + mxGyG dengan Ixy sebagai hasil darab sifatekun di sekitar paksi x-y; xG dan yG masing-masing ialah jarak paksi x’ dan paksi-y’ dari paksi-x’ dan paksi-y’ yang melalui pusat graviti G dan masing-masing selari pula dengan paksi-x’ dan paksi-y’.
environmentalam sekitar; lingkungan; persekitaranGeografiTiada1. Alam sekitar fizikal sebuah kawasan. 2. Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang.
visual environmentalam sekitar visualKejuruteraanTiadaAspek alam sekitar yang menyenangkan atau menyakitkan pandangan mata.
ambient soundbunyi sekitarKomunikasiTiadaBunyi yang sedia ada di sekitar tempat rakaman dijalankan.
environmental inputinput sekitarPendidikanTiadaBahan atau sumber daripada alam sekitar yang membantu pengajaran dan pembelajaran.
urban environmentalam sekitar bandarLandskapTiadaPersekitaran yang terdapat di dalam dan di sekitar bandar. Kawasan ini biasanya dipenuhi bangunan,jalan yang sibuk dan penduduk yang ramai.
12345678910...

Kembali ke atas