cloud-detection radar | radar pengesan awan | Sains | Hidrometeorologi | Jenis radar cuaca yang direka bentuk khas untuk mengesan awan (bukan kerpasan). Radar ini menggunakan frekuensi radio hampir 30 000 megakitaran/saat yang bersepadanan dengan kepanjangan gelombang sekitar 1 cm (jalur K). Kepanjangan gelombang pendek penting bagi radar ini untuk mendapatkan serakan yang baik daripada titisan kecil yang membentuk awan. Cekak gelombang dipancarkan kepada zenith; oleh itu, hanya awan dan kerpasan yang secara langsung merentasi atas dari radar sahaja yang dapat dikesan. |
environment | alam sekitar; lingkungan; persekitaran | Geografi | Tiada | 1. Alam sekitar fizikal sebuah kawasan. 2. Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang. |
aureole | aureol | Geologi | Tiada | 1. Zon dalam batuan sekitar yang mengelilingi rejahan igneus, dan di dalam zon ini, batuan sekitarnya memperlihatkan kesan metamorfisme sentuh. |
justify | mewajarkan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Menjajarkan data di sekitar sesuatu rujukan di bahantara storan.,2. Menghasilkan teks yang mempunyai jidar kiri dan kanan yang sedatar. |
heavens | langit | Matematik | Tiada | 1. Ruang angkasa di sekitar bumi. |
angular momentum | momentum sudut | Mekanik | Gunaan | Momen bagi momentum linear. Bagai zarah berjisim m dan bergerak dengan halaju v, magnitud momentum sudutnya di sekitar paksi yang mempunyai jarak serenjang d dari garis tindakan v ialah mvd. Bagi jasad yang mengalami gerakan satah dengan halaju pusat jisim vG dan halaju sudut w, magnitud momentum sudut di sekitar paksi yang melalui pusat jisimnya ialah IGw, dengan IG sebagai momen sifatekun jasad itu di sekitar paksi berkenaan. Momentum sudut jasad itu di sekitar sebarang titik yang jarak serenjangnya dari garis tindakan vG ialah d diberikan oleh ungkapan IGw + mvGd. Momentum sudut diukur dalam unit kg.m2.s-1 atau N.m.s. Simbol yang lazim digunakan untuk momentum sudut ialah H. Momentum sudut juga dinamai momen momentum. |
emission control | kawalan pemancaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1) Peraturan untuk mengurangkan kadar toksik, tahap pencemara atau kandungan bahan cemar dalam gas ekzos kenderaan berenjin dan kilang. Kawalan ini bertujuan untuk memastikan gas ekzos yang dikeluarkan tidak mencemarkan alam sekitar. Antara bahan toksik yang diukur ialah CO, CD2, NOx, SO2 dan CH. 2) Kawalan pencemaran alam sekitar akibat gas ekzos enjin dengan menggunakan peranti yang dipasang pada sistem ekzos. Dalam kereta terkini, sistem ini meliputi penukar bermangkin, set penderia dan penggerak serta unit pemprosesan data yang akan memantau dan mengubah suai situasi. Sebagai contoh, penukar bermangkin menggunakan pemangkin dan oksigen untuk membakar sebarang bahan api yang masih belum terbakar dan sesetengah bahan kimia lain yang keluar daripada enjin melalui ekzos. Penderia oksigen dalam aliran ekzos memastikan bahawa oksigen cukup untuk pemangkin bertindak balas dan mengubah suai campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran. |
trichiasis | trikiasis | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan apabila bulu di sekitar sesuatu rongga tumbuh menghala ke dalam, misalnya bulu mata yang menghala ke dalam. 2. Keadaan apabila air kencing kelihatan mengandungi filamen seperti rambut. |
placodium | plakodium | Biologi | Mikologi | 1. Lapisan yang keras dan berduri di sekitar mulut peritesium. 2. Lapisan pemula atau primordium yang menghasilkan askokarpa. |
parathecium | paratesium | Biologi | Mikologi | 1. Lapisan rangka luar apotesium. 2. Rangka di sekitar lapisan hifa pada liken. |