Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.ré.ta.riat] | سيکريتاريات

Definisi : (sékrétariat) 1. jawatan setia­usaha; 2. pejabat setiausaha; 3. pegawai-pegawai atau jabatan yg diamanahkan utk menjaga rekod dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.ré.ta.riat] | سيکريتاريات

Definisi : /sékretariat/ urus setia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekretariat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Malay SecretariatBahagian Sekretariat MelayuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
quarterly meetingmesyuarat suku tahunanKomunikasiKorporatPerjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap tiga bulan. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam tempoh tersebut. Mesyuarat ini biasanya dihadiri oleh pengurus dan ahli tertentu dalam sesebuah organisasi. Pertemuan ini diadakan dalam bentuk mesyuarat rasmi antara pihak atasan dengan pihak pengurusan bawahan. Pihak perhubungan awam bertanggungjawab untuk menyediakan keseluruhan kemudahan mesyuarat, termasuklah laporan dan bantuan sekretariat. Tujuan mesyuarat adalah untuk memantau prestasi syarikat. Pertemuan ini juga memberikan peluang kepada pihak pengurusan atasan untuk menjelaskan strategi organisasi yang baru dan tindakan yang perlu dilakukan. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada tempoh seterusnya. Mesyuarat sering dilihat sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan khalayak dalaman sesebuah organisasi.
Organization of American States (OAS);Pertubuhan Negara-Negara AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Bogota, Colombia melalui perjanjian bersama oleh Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Haiti, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Amerika Syarikat, Uruguay dan Venezuela. Selepas itu, terdapat 17 negara lagi yang menyertai pertubuhan ini. Pertubuhan ini juga merupakan agensi serantau yang bekerjasama dengan PBB untuk memajukan usaha keamanan, keadilan dan perpaduan negara anggota bagi meningkatkan kemajuan ekonomi serta mempertahankan kedaulatan dan integriti kewilayahan negara anggota. Badan sekretariat organisasi tersebut ialah Kesatuan Seantero Amerika yang terletak di Washington. Pertubuhan ini telah berulang-kali menentang sebarang campur tangan unilateral dalam hal ehwal negara anggotanya. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini telah meluluskan campur tangan Amerika Syarikat di Republik Dominican semasa perang saudara di negara tersebut pada tahun 1965, tetapi tidak me
international organizationorganisasi antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memasti

Kembali ke atas