Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.kun.der] | سيکوندر

Definisi : (sékunder) yg kedua (pentingnya, tingkatannya, dll), tidak yg utama, yg terbit atau terhasil drpd sesuatu yg asas atau utama: manusia merupakan individu psikologikal yg wajib memenuhi beberapa keperluan asas dan ~; fungsi yg ~ ini boleh ada, boleh tidak; sumber-sumber ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekunder


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secondary growthpertumbuhan sekunderBotaniTiadaPertumbuhan yang menyusul selepas pertumbuhan primer dalam kumpulan gimnosperma kebanyakan dikotiledon dan sebahagian monokotiledon. Pertumbuhan sekinder berlaku melalui aktiviti kambium vaskular dan felogen yang membentuk tisu sekunder, seperti xilem sekunder, floem sekunder, felem dan feloderma bagi menambah diameter organ tumbuhan tersebut. Sinonim penebalan sekunder.
secondary poisoningperacunan sekunder; keracunan sekunderPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
primary metabolitemetabolit primerHerbaFitokimiaHasil metabolisme primer, seperti asid amino, gula ringkas dan protein. Bahan ini amat penting bagi proses metabolisme sekunder. Lihat juga metabolisme sekunder, metabolit sekunder.
secondary xylemxilem sekunderPerhutananTiadaXilem yang terbentuk oleh kambium vaskular semasa pertumbuhan sekunder. Sinonim: kayu, kayu sekunder.
vascular cambiumkambium vaskularBotaniTiadaMeristem lateral yang membentuk tisu vaskular sekunder, iaitu xilem dan floem sekunder dalam batang dan akar yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium vaskular terletak di antara xilem primer dengan floem primer dalam berkas vaskular dan melalui pembahagian periklinal akan menghasilkan xilem sekunder dan floem sekunder ke arah tisu-tisu primer tersebut.
secondary lookoutpengesan api sekunder; stesen pengesan sekunderPerhutananTiadaTiada
secondary metabolitemetabolit sekunderHerbaFitokimiaHasil proses metabolisme sekunder yang berupa sebatian organik yang ringkas dan khusus bagi tumbuhan atau hidupan tertentu. Metabolit sekunder boleh dibahagikan kepada beberapa kelas sebatian mengikut pola struktur tertentu seperti steroid, terpenoid, flavonoid, alkaloid dan kuinonoid.
secondary cold frontperenggan sejuk sekunderSainsHidrometeorologiPerenggan sekunder yang terbentuk di belakang siklon perenggan dan di dalam jisim udara sejuk yang dicirikan oleh gradien suhu mendatar yang nyata. Perenggan sejuk sekunder, walaupun merupakan fenomena yang biasa selalunya terdapat lebih kerap sebagai lekukan atau garis ketakstabilan lemah yang terbenam dalam aliran udara sejuk. Mungkin sukar untuk menentukan bila atau jika fenomena ini menjadi perenggan sebenar.
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
cambiumkambiumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMeristem sekunder yang terdiri daripada lapisan sel yang sedang aktif membahagi, dan terletak di antara xilem dan floem sekunder pada kebanyakan tumbuhan vaskular. Meristem ini menghasilkan sel-sel baru yang menjadi xilem sekunder atau kayu, dan floem sekunder atau bahagian paling dalam kulit kayu hidup.
12345678910...

Kembali ke atas