Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lain] | سلاءين

Definisi : 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lain] | سلاءين

Definisi : , = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rare basesbes nadirBiologiGenetikPurina (selain adenina dan guanina) dan pirimidina (selain sitosina dan urasil) yang terdapat dalam RNA pemindah.
rare basesbes nadirKimiaTiadaPurina (selain adenina dan guanina) dan pirimidina (selain sitosina dan urasil) yang terdapat dalam RNA pemindah.
foreign matterbendasingHerbaTiadaSebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba.
morphinoidmorfinoidHerbaFitokimiaKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur rangka asas yang sama dengan morfina. Selain morfina, sebatian alkaloid ini juga dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan selain popi. Contohnya, sebiferina daripada Alseodaphne perakensis dan amarillisina daripada Amaryllis belladonna.
nuclear installationpepasangan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorKemudahan nuklear berlesen yang terlibat dengan kitaran bahan api nuklear, selain daripada kemudahan melombong dan memproses bijih uranium atau torium, dan selain daripada kemudahan pelupusan sisa radioaktif.
general aviationpenerbangan amAeroangkasaTiadaSejenis industri penerbangan selain daripada sistem talian udara dan penerbangan ketenteraan.,1. Terangkat: Keadaan pada laju tertentu yang mana juruterbang menarik turus kawal ke belakang untuk membolehkan pesawat udara meninggalkan bumi.,Sejenis industri penerbangan selain daripada sistem talian udara dan penerbangan ketenteraan.
rice by-productshasil sampingan padiVeterinarTiadaHasil bukan utama yang diperoleh daripada padi selain hasil utama iaitu beras. Contoh bahan sampingan ini ialah jerami dan dedak yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Selain itu, sekam padi boleh digunakan sebagai bahan binaan bangunan.
oil palm by-productshasil sampingan kelapa sawitVeterinarTiadaHasil bukan utama yang diperoleh daripada kelapa sawit selain daripada minyak. Contoh bahan sampingan ini ialah pelepah kelapa sawit, mil isirung kelapa sawit dan enapcemar kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan ruminan. Selain itu, batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot dan bahan bangunan. Serabut kelapa sawit pula digunakan sebagai sungkupan tanaman dan tandan kelapa sawit yang dibakar serta abunya dijadikan sebagai baja.
creep feedmakanan ternakan rayapVeterinarTiadaMakanan pepejal yang diberi pada pertama kali untuk mengajar anak ternakan supaya menerima makanan selain daripada susu. Pemakanan ini dapat membantu meningkatkan berat badan anak selepas disapih. Makanan ini biasanya mengandungi nilai protein yang tinggi, mudah dicerna dan rasa yang lazat. Selain itu, bahan perasa kerap digunakan bagi meningkatkan selera makan kepada anak tersebut.
in additionselain daripada ituPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas