degree of combined leverage | darjah umpil selalu | Pentadbiran | Tiada | 1. Darjah yang menunjukkan perubahan peratusan dalam pendapatan bersih yang disebabkan perubahan jualan. 2. Darjah keumpilan disebabkan adanya kos tetap kendalian dan kos kewangan. Sinonim: degree of total leverage |
aridity | kegersangan | Geologi | Tiada | 1. Keadaan yang kadar sejatannya selalu melebihi kadar kerpasan.,2. Ciri sesuatu iklim yang berhubung dengan kekurangan kerpasan untuk mengekalkan kehidupan tumbuh-tumbuhan. |
perspectivism | perspektivisme | Kesusasteraan | Tiada | 1. Mazhab yang menganggap bahawa ilmu itu selalu bersifat relatif.,2. Aliran falsafah yang mengajarkan bahawa setiap pengetahuan pada hakikatnya adalah suatu interpretasi belaka. |
alabaster | alabaster | Kimia | Tiada | 1. Alabaster: Gipsum yang bertekstur halus yang biasanya berwarna putih dan lut sinar dan selalu digunakan sebagai perhiasan. |
viscosity-gravity viscometer | meter kelikatan kelikatan-graviti | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : 1. meter kelikatan tunjuk-terus 2. meter V-G Nama yang selalu digunakan untuk sejenis meter kelikatan, iaitu meter kelikatan tunjuk terus. |
accident | kemalangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sesuatu yang tidak menyenangkan yang berlaku akibat kelalaian. 2. Catatan tentang kekerapan dan keparahan sesuatu kemalangan yang berlaku didalam sesebuah organisasi, untuk mengenal pasti pekerja yang selalu terlibat di dalam kemalangan tersebut. |
bretonne | breton | Kesenian | Tiada | 1. Renda kerawang atau net yarn yang bereka bentuk bersulam dengan menggunakan benang tebal berwarna-warni di atas net. Renda ini berasal dari Great Britain.,2. Net halus berjaring besar yang selalu digunakan sebagai latar belakang renda. |
hypnotic | hipnotik | Farmasi | Farmakologi | 1.Berkaitan dengan sifat hipnosis atau hipnotisme. Hipnosis ialah keadaan tidak sedar (tidur) yang diaruh secara arti.fisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan araban atau cadangan. 2. Agen yang menyebabkan seseorang tidur. Agen ini merupakan salah satu kelas drug yang selalu digunakan sebagai bahan pelali (sedatit). Drug dari kelas ini merangsang tidur atau menurunkan tindakan sistem saraf pusat pada peringkat kortikal. Drug-drug dari kumpulan benzodiazepina merupakan drug pilihan untuk merawat insomnia primer. Selain itu, untuk merangsang tidur pada peringkat hipnotik tindakan-pendek, agen seperti triazolam dan oksazolam digunakan, manakala untuk mengekalkan tidur yang panjang sepanjang malam pada peringkat hipnotik tindakan-panjang, flurazepam digunakan. Hipnotik dikenali juga sebagai somnifasien. |
air discharge | nyahcas udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Suatu bentuk nyahcas kilat yang mempunyai sifat antara nyahcas awan dan nyahcas awan ke bumi. Dalam nyahcas udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke bumi, tetapi hanya berjaya meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Nyahcas udara lebih selalu terjadi di kawasan separa gersang kerana dasar awan lazimnya tinggi dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus nyahcas titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan subawan.2. Suatu jenis nyahcas elektrik bauran yang terdapat di kawasan atas ribut petir yang aktif. |
air discharge | luahan udara | Sains | Hidrometeorologi | 1. Suatu bentuk luahan kilat yang mempunyai sifat antara luahan awan dan luahan awan ketanah. Dalam luahan udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke tanah, tetapi hanya berjaya untuk meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Luahan seumpama ini merambat hampir keseluruhannya melalui proses perintis bertingkat bersama beberapa penahan perintis, tetapi tidak pernah menunjukkan fenomena penahan balik yang khusus kepada luahan awan ke tanah kerana pusat cas yang terlibat dalam kes tersebut tidak terdapat di dalam kawasan kekonduksian yang paling tinggi. Luahan udara lebih selalu terdapat di kawasan gersang kerana dasar awan tinggi biasanya berlaku di kawasan tersebut dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus luahan titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan sub-awan. 2. Suatu jenis luahan elektrik bauran yang dilaporkan terdapat di kawasan atas dari ribut petir yang aktif. |