Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lam] | سلم

Definisi : ; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan me­musingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, ter­benam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam] | سلم

Definisi : Id, bp Islam; orang ~ a) orang yg beragama Islam; b) orang Melayu (Indonesia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam] | سلم

Definisi : ; menyelam 1 memasukkan se­­­­luruh badan ke dlm air; mem­be­nam­kan seluruh badan ke dlm air: Kami sangat suka berenang dan ~ di sungai itu. 2 masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: ~ mutiara. menyelami 1 me­­­nye­lam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. 2 ki menduga perasaan atau isi hati se­seorang; mencuba utk menge­tahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu. menyelamkan memasukkan ke dlm air; membenamkan. penyelaman hal (perbuatan dsb) menyelam, menyelami, atau menyelamkan. penyelam orang yg kerjanya menyelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
snorkelingselam permukaanPerikananTiadaAktiviti menyelam di permukaan air dengan menggunakan peralatan snorkel, iaitu topeng selam, tiub snorkel dan sirip selam. Penyelam menggunakan tiub snorkel untuk bernafas di dalam air, sirip selam untuk memudahkan pergerakan di dalam air dan topeng selam untuk melihat persekitaran di bawah permukaan laut.
diving sitetapak selamPerikananTiadaKawasan yang dikhaskan untuk aktiviti selam skuba. Kawasan tapak selam biasanya selamat dan tidak berbahaya kepada penyelam. Tapak ini direkodkan dalam buku panduan menyelam untuk dijadikan sebagai rujukan penyelam.
diving gearperalatan selamPerikananTiadaPeralatan yang digunakan oleh penyelam dalam aktiviti selam skuba. Peralatan ini termasuklah tangki skuba, sut selam, pemampas apungan, kompas, tali pinggang, pisau, lampu, pemampat udara, jam dan tolok tekanan.
dive masterketua selamPerikananTiadaPenyelam skuba bertauliah yang mengetuai kumpulan penyelam. Ketua selam bertanggungjawab mengatur jadual, menentukan kawasan selaman dan menjaga keselamatan penyelam. Ketua selam juga boleh dikategorikan sebagai pemandu pelancong.
nuclear submarinekapal selam nuklearKejuruteraanTiadaKapal selam yang menggunakan reaktor nuklear untuk menjana kuasa perejangan.
breaking surfacececah muka;timbul (kapal selam)PelayaranTiadaPerbuatan kapal selam timbul di permukaan air.
bridge finsirip anjung (kapal selam)PelayaranTiadaBahagian tepi anjung kapal selam yang terkeluar untuk tujuan imbangan.
dive upwardselam ke atasPerikananTiadaPergerakan penyelam dari bahagian bawah menuju ke permukaan laut. Selam ke atas perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan perubahan tekanan air berlaku secara mendadak, yang boleh menyebabkan kemudaratan seperti kerosakan pada paru-paru.
submarine reactorreaktor kapal selamKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang digunakan untuk menghasilkan kuasa untuk merejang kapal selam.
Kingston valveinjap KIngston (kapal selam)KejuruteraanTiadaInjap besar yang dipasang pada tangki balast utama kapal selam untuk mengawal banjiran balast.
123456

Kembali ke atas