Registrar of Selangor National | Pendaftar Rakyat Selangor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Sky Mirror | Cermin Langit | Pelancongan | Tiada | Sebuah kawasan tengah laut di Kuala Selangor yang menjadi pulau cermin buatan apabila air surut. Disebabkan terdapat air yang bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas cermin. |
wau kapal | wau kapal | Kesenian | Tiada | Wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar dan berasal dari Selangor. |
burial mounds | busut kubur | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kuburan yang ditandai kesan tanah berbentuk busut. Contoh ini ditemui di Kampung Sungai Lang (Selangor). Dua gendang gangsa bersekedudukan terbalik antara satu sama lain diletakkan di atas kepingan kayu cengal (perahu). Bekal pengebumian seperti manik kaca berwarna merah, pecahan besi dan pecahan tembikar tanah menunjukkan upacara ritual dilaksanakan sebelum pengebumian. Artifak seperti manik batu kristal tembikar tanah dan dua mangkuk gangsa juga ditemui di dua busut berhampiran. |
forest garden | taman rimba | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang direka bentuk supaya menyerupai suasana dalam hutan atau yang ditanam dengan pokok dan tumbuhan hutan. Contohnya, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor. Sinonim taman hutan. |
polygenesis | poligenesis | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggunakan tema yang sama dan timbul di tempat yang berbeza disebabkan latar yang sama. Contoh: cerita Malim Kundang di Minangkabau dan cerita Si Tanggang di Selangor. |
continuous cropping | tanam berterusan | Pertanian | Agronomi | Sistem pertanian yang melibatkan penggunaan tanah secara berterusan dengan tanaman semusim, tanpa memberikan tempoh masa rehat yang panjang untuk tanah tersebut. Contohnya, kawasan padi di Kedah, Kelantan dan Selangor, sebidang tanah ditanam dengan tanaman padi, bergilir-gilir dua atau tiga kali setahun dengan masa yang singkat antara penuaian dan penanaman baru. Kaedah ini diamalkan kerana sistem pengairan membolehkan padi ditanam walaupun dalam musim kemarau. Tanpa sistem pengairan, tanah terpaksa dibiarkan kosong atau ditanam dengan tanaman lain dalam musim kemarau. Di Cameron Highland, tanam berterusan diamalkan oleh pengeluar sayur, tetapi jenis sayur ditukar ganti mengikut pusingan untuk mengurangkan masalah perosak dan penyakit sayur-sayuran. Sistem tanaman berterusan memerlukan banyak baja kerana kadar penggunaan nutrien oleh tanaman adalah tinggi dan tempoh masa tidak mencukupi untuk kitaran semula sisa tanaman sebelum tanaman baharu diusahakan. |
cropping intensity | intensiti penanaman | Pertanian | Agronomi | Kekerapan penggunaan sebidang tanah dengan aktiviti penanaman. Intensiti penanaman yang tinggi digambarkan dengan penggunaan tanah secara berterusan sepanjang tahun tanpa memberi ruang masa untuk tanah direhatkan daripada tanaman. Contohnya, kawasan jelapang padi di Kuala Selangor, intensiti penanamannya tinggi dengan padi ditanam lima kali dalam dua tahun. Tanaman baru dimulakan lebih kurang 20 hari selepas tanaman lama dituai. Sebaliknya, intensiti penanaman rendah terdapat di kawasan yang tidak menerima pengairan di Negeri Sembilan. Tanaman padi diusahakan hanya sekali setahun dan tanah dibiarkan sebagai kawasan ragutan ternakan selama 7 bulan. Intensiti penanaman tinggi memerlukan input baja yang tinggi dan lebih terdedah kepada risiko perosak dan penyakit. |
industrial estate | estet industri | Ekonomi | Tiada | Kawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri. |
wau | wau | Kesenian | Tiada | 1. Alat permainan daripada kertas atau gentian atau kain, berangka daripada buluh atau gentian, berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju, terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan nama serta diterbangkan dengan bantuan angin. Dikenali juga dengan nama layang-layang terutama di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. |