Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : (seléndang) kain panjang utk menutup kepala (leher, bahu): kusebaikan ~ku di atas bahu; ~ dunia prb orang kaya yg dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (utk pujian sahaja); berselendang memakai selendang: seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning; menyelendangi mengenakan (memakai) se-len­dang pd; menyelendangkan, memperselendang me­makai atau menggunakan sesuatu sbg selen-dang, menyibaikan di bahu sbg selendang: ~ tuala ke bahu; terselendang terletak, tergantung: beg yg ~ pd bahu Nani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : /seléndang/ kain panjang utk menutup kepala atau bahu (biasanya dipakai oleh orang-orang perempuan). berselendang memakai selendang. menyelendangkan menyebaikan se­su­atu ke bahu sbg selendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selendang (kata nama)
Bersinonim dengan tudung, kelubung, kelumbung, mafela, sal, syaf, selempang, sampur, sabuk;,
Kata Terbitan : berselendang, menyelendangi,

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chaharbagh shawlselendang caharbagKesenianTiadaSelendang yang dibuat daripada selendang kasabeh.
kelarai bunga selendang(Br.)kelarai bunga selendang(Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri berbentuk retin yang berinti, yang dipadankan dengan bunga pada selendang tradisional Brunei.
corak ragi selendang(Br.)corak ragi selendang (Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berbentuk jalur menyerong.
apoldaselendang apoldaKesenianTiadaSelendang bulu biri halus dan bercetak yang biasanya dibuat di Jerman.
candtadidarselendang candtadidarKesenianTiadaSelendang Kashmir bermutu tinggi, bercorak jidar flora, dan mempunyai hiasan di tengah, ia juga dikenali sebagai chand-dar.
kabyleselendang kabilKesenianTiadaSelendang Perancis yang dibuat dengan menggunakan benang lungsin kasar.
beaver shawlselendang memberangKesenianTiadaSelendang tebal daripada bulu biri-biri yang lembut dan ditenun dengan tenun songsang.
chanille shawlselendang canilKesenianTiadaSelendang yang berasal daripada England yang benang pakannya daripada canil.
blue Billyselendang biru BillyKesenianTiadaSelendang yang diperbuat daripada fabrik biru berbintik polka putih.
chand-darselendang chand-darKesenianTiadaSelendang Kashmir bermutu tinggi, bercorak jidar flora dan mempunyai hiasan di tengah. Ia juga dikenali sebagai chantadidar.
123

Kembali ke atas