Selenium | Selenium | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis unsur kimia bukan logam dengan nombor atom 34 dan diukur dalam unit Se. Selenium banyak digunakan dalam industri sebagai semikonduktor atau fotosel dan mempunyai 7 isotop yang stabil. Selenium boleh hadir sebagai toksik jika berada dalam kuantiti yang banyak. Selenium-75 merupakan radioisotop Selenium yang sering digunakan dalam radiografi industri sebagai punca sinaran. |
selenium | selenium | Veterinar | Tiada | Simbol: Se. Unsur logam berwarna kelabu yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini berfungsi sebagai komponen enzim glutation peroksidase yang melindungi pengoksidaan asid lemak tak tepu dan terlibat dalam penyerapan vitamin E. Unsur ini berinteraksi dan saling melengkapi dengan vitamin E. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan distrofi otot pada haiwan ruminan dan diatesis eksudatif, nekrosis hepar, merencatkan pengeluaran telur dan kadar penetasan pada unggas. Kekurangan selenium boleh diatasi dengan menambahkan natrium selenit, bolus selenium dan vitamin E pada kadar tertentu. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada hasil sampingan bijirin dan hasil sampingan laut. |
selenium | selenium | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol Se, nombor atom 34, berat atom 78.96, nombor pengoksidaan +4, takat lebur 217°C, takat didih 685°C, berbentuk serbuk amorfus merah, larut di dalam asid nitrik pekat dan alkali, dan terdapat enam isotop yang stabil. selenium terdapat semula jadi sebagai selenida logam berat, dan diperoleh sebagai hasil sampingan dalam pemprosesan bijih sulfida dan kuprum. Unsur ini digunakan untuk membuat peranti elektronik seperti fotosel, bateri suria, dan sebagai mangkin dan pewarna kaca. |
selenium | selenium | Geologi | Tiada | Elemen Se, bukan logam, beracun dan menyerupai sulfur, keracunannya menyebabkan kepucatan, gementar, perpeluhan dan kemuraman, dikaitkan dengan pertambahan karies jika mekanan dan bekalan air tercemar olehnya. |
selenium | selenium | Perubatan | Tiada | Elemen Se, bukan logam, beracun dan menyerupai sulfur, keracunannya menyebabkan kepucatan, gementar, perpeluhan dan kemuraman, dikaitkan dengan pertambahan karies jika mekanan dan bekalan air tercemar olehnya. |
selenium | selenium | Kimia | Tiada | Tiada |
selenium | selenium | Perubatan | Tiada | Tiada |
selenium | selenium | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
selenium | selenium | Kimia | Tiada | Tiada |
selenium | selenium | Pertanian | Tiada | Tiada |