Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra/] | سليرق

Definisi : (selérak); berselerak 1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna); berselerakan bertaburan, bersebaran; menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat); terselerak 1. tersebar (ke merata-rata tem­pat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias); penyelerakan perihal menyelerakkan (be­nih dll), penyebaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra/] | سليرق

Definisi : /selérak/; berselerak tidak di­­­atur dgn baik; bersepah-sepah; ter­­­sebar di mana-mana: Barang-ba­rang permainan­nya ~ di bilik makan. menyelerakkan mem­buat menjadi berselerak; menye­barkan ke merata-rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selerak
Kata Terbitan : berselerak, berselerakan, menyelerakkan, terselerak, penyelerakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dispersion curvelengkung selerakKomunikasi MassaTiadaTiada
deranged drainagesaliran selerakGeografiTiadaSejenis pola saliran yang terbentuk bila sebuah kawasan ditinggalkan oleh sebuah lembaran ais.
dispersed patternpola selerakGeografiTiadaTiada
country fieldmemadang selerakPendidikanTiadaTiada
jumble displayperagaan selerak/peragaan lambakPentadbiranTiadaTiada
scatter plotplot selerakPentadbiranTiadaTiada
disseminated orebijih selerakGeologiTiadaBijih yang mineral bernilainya tersebar di seluruh gangue sebagai hablur atau agregat yang sekata saiznya.
nonlocalized orbitalorbital selerakKimiaTiadaTiada
scattered developmentpembangunan selerakKesenianTiadaTiada
scattered graphgraf selerakTeknologi MaklumatTiadaGraf yang titik koordinatnya bertaburan pada graf untuk membandingkan pasangan-pasangan nilai. Pasangan titik ini boleh dihubungkan untuk membentuk graf garis licin ataupun graf zig zag (data dihubungkan titik ke titik). Contohnya a) graf titik bertaburan b) graf titik bersambung
12

Kembali ke atas