fault splinter | selumbar sesar | Geologi | Tiada | Struktur kelokan yang berhubungan di antara dua hujung sesar normal yang bertentangan. |
frazil | frazil | Geografi | Tiada | Selumbar atau spikul halus, lempeng atau cakera ais yang terampai di dalam air, terbentuk pada air superdingin yang bergolak. |
ice crystal | hablur ais | Sains | Hidrometeorologi | Selumbar ais yang halus atau lempeng air yang terampai di dalam air. |
sloven | cerancang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian kayu pecah atau kumpulan selumbar yang tertinggal pada tunggul kayu, atau pada bahagian bawah pangkal balak selepas penebangan |
brashness | rapuh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keadaan kayu yang mempunyai nilai rintangan hentaman yang rendah, dan mudah patah pada kelenturan yang kecil tanpa mengeluarkan selumbar. |