dying | nazak | Perubatan | Tiada | Perihal saat akhir hayat seseorang yang ditandai oleh tekanan darah semakin menurun, denyut nadi semakin lemah, dan pernafasan semakin cetek. |
period-luminosity relation | hubungan kala-luminositi | Matematik | Tiada | Hubungan yang diperlihatkan secara graf tentang bagaimana kala perubahan cahaya bagi bintang berubah Cephid bergantung pada luminositi minnya. Semakin panjang kalanya semakin besar luminositinya maka semakin besar pula magnitud mutlak min bintang itu. |
perspective foreshortening | kedekatan perspektif | Landskap | Tiada | Perubahan saiz objek yang kelihatan semakin kecil apabila kedudukannya semakin jauh daripada pemerhati. |
rotating variable | bintang ubah putaran | Matematik | Tiada | Bintang yang mempunyai kawasan permukaan yang semakin panas atau semakin sejuk, yang secara berkala berputar masuk ke dalam garis penglihatan kita dan menyebabkan kecerahannya berubah sedikit. Banyak antara bintang Me kerdil memperlihatkan kesan ini. |
therapeutic index | indeks terapeutik | Farmasi | Farmaseutik | Nisbah antara dos toksik dengan dos terapeutik. Semakin tinggi indeks terapeutik, semakin tinggi kadar selamat dos terapeutiknya. Dihitung melalui formula yang berikut: Indeks terapeutik = TD50/ED50 TD50 ialah dos toksik kepada 50% populasi dan ED50 ialah dos minimum efektif kepada 50% populasi. |
wind force scale | skala daya angin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Skala berangka kelajuan angin yang menunjukkan bahawa semakin besar angkanya semakin kuat anginnya. Lihat skala Beaufort. |
progressive tax | cukai progresif | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif. |
regressive tax | cukai regresif | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin rendah apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Misalnya, golongan berpendapatan rendah membayar cukai jualan pada kadar yang sama seperti golongan berpendapatan tinggi apabila membeli sesuatu barang. |
Viking clap | tepuk Viking | Sukan | Tiada | Tepuk tangan beramai-ramai secara serentak dengan cara mendepakan tangan seluasnya, kemudian mengangkat kedua tangan di atas kepala, berteriak dan kelajuan tepukannya daripada perlahan menjadi semakin lama semakin pantas. Selalunya tepukan ini dilakukan semasa perlawanan bola sepak untuk memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding. |
valence band | jalur valens | Teknik | Elektrik | Aras tenaga sesuatu atom di kawasan yang paling hampir dengan nukleus. Semakin jauh dari nukleus semakin berkurangan aras tenaganya. |