Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bung] | سمبوڠ

Definisi : sj tumbuhan (herba yg akarnya dibuat ubat), capa, capur, sembang, sembing, sembuh, telinga kerbau, Blumea balsamifera; ~ gajah sj tumbuhan (herba), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir, rumput tahi babi, Adenostemma lavenia; ~ hutan sj tumbuhan (rumpai), cenderung (cong-cong) hari, ekor kuda, rumput sepagi, rumput tahi babi, seson daun, Vernonia cinerea; ~ hutan jantan sj tumbuhan (pokok kecil), balung ayam, ceret hutan, kelusam jantan, lemak beruk, merambung bukit, Clerodendron deflexum; ~ jantan sj tumbuhan (herba), capa, ketumbit, riang batik, sawi bulan, Erigeron sumatrensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembung

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sembung bidadarisembung bidadariKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok sembung bidadari.
Blumea balsamiferaSembung,capa, telinga kerbauPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Asteraceae, dikenali sebagai capa dan telinga kerbau. Pokok jenis renek yang mempunyai batang dan daun berbulu serta berbau seperti kapur barus. Daunnya jenis ringkas, besar dengan tepi daunnya bergerigi. Bunga berwarna kuning dan berbentuk tiub. Pokok ini tumbuh liar di kawasan belukar. Sebatian kimia antaranya borneol, beta-eudesmol, beta-kamfen, cineol, kamfor, limonen, flavanoid dan seskuiterpen. Daun digunakan untuk merawat bisul, mandian herba dan bertungku selepas bersalin. Selain itu daun juga digunakan untuk menghilangkan sakit dada dan sakit kepala. Air rebusan daun diminum untuk mengubati batuk, menggalakkan perpeluhan dan membuang angin dalam perut.
Blumea balsamiferasembungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Asteraceae dan dikenali juga sebagai capa dan telinga kerbau. Pokok jenis renek ini tumbuh liar di kawasan belukar, mempunyai batang dan daun berbulu serta berbau seperti kapur barus. Daunnya jenis ringkas dan besar dengan tepi daun bergerigi. Bunganya berwarna kuning dan berbentuk tiub. Pokok ini mengeluarkan sebatian kimia antaranya borneol, �-eudesmol, �-kamfena, sineol, kamfor, limonena, flavonoid dan seskuiterpena. Daunnya digunakan untuk merawat bisul, mandian herba dan bertungku selepas bersalin. Selain itu, daunnya juga digunakan untuk menghilangkan sakit dada dan sakit kepala. Air rebusan daun diminum untuk mengubati batuk, menggalakkan perpeluhan dan membuang angin dalam perut.
Renellia paniculataAkar sembung, Mengkunyit, sekunyit, ginsengPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae ini juga dikenali sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daun tersusun bertentangan dan pucuk muda berwarna ungu. Bunganya berwarna putih dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunkan oleh wanita lepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka.
Renellia paniculataakar sembungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daunnya tersusun secara bertentangan dan pucuk mudanya berwarna ungu. Bunganya berwarna putih, dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka.

Kembali ke atas