sesenduk | sesenduk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Endospermum spp.. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah incung perlis, membulan, dan senduk-senduk, di Sabah ialah senduk atau senduk-senduk, dan di Sarawak ialah ekor belangkas dan terbulan. Spesies utama kayu ini termasuk Endospermum malaccense dan E. peltatum. Gubal kayu sesenduk sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah ketika basah dan berubah menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 655 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan, dikeringkan dan diawet, tetapi tidak tahan. Kayu sesenduk ini lembut dan sesuai untuk anak mancis, papan lukisan, dulang, barang permainan kayu, kotak, dan penyepit makanan. |
pahat senduk | pahat senduk | Kesenian | Tiada | Pahat yang bermata melengkung digunakan untuk mengukir lipatan daun. Sinonim: pahat daun buluh, pahat melengkung, pahat sodok. |
ladle | senduk; centong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Senduk: Alat untuk mengacau kuah, sup, sos dan bahan cecair. |
slotted spoon | senduk lubang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk mengangkat sayur-sayuran, kepingan daging, ayam atau ikan daripada air masakan. |
solid spoon | senduk bujur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk mengacau cecair atau mengangkat bahan makanan. |
perforated spoon | senduk jarang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk mengangkat sayur-sayuran, kepingan daging, ayam atau ikan daripada air masakan. |
measuring ladle | senduk sukat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk berbentuk cawan untuk menyukat cecair. |
gravy ladle | senduk kuah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk menceduk kuah atau mengacau kuah semasa memasak. |
flour scoop | senduk tepung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senduk untuk mengaup tepung. |
ladle | senduk; centong | Kejuruteraan | Tiada | 1. Centong: Bejana untuk membawa dan mencurah logam lebur. |