Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.kuang] | سڠکواڠ

Definisi : 1. = ubi ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berumbi), bengkuang, meng­kuang, singkuang, Pachyrrhizus erosus; 2. sj tumbuhan (pokok), bengkuang, cengkuang, sakal, sekuang, sepul surgan, Dracontomelum mangiferum; 3. sj tumbuhan (pokok), bekak, rambutan pacat, Mis­chocarpus sumatranus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.kuang] | سڠکواڠ

Definisi : 1 = ubi ~ nama sj herba memanjat yg berumbi dan agak manis rasanya, Pachyurhizus erosus. 2 nama sj pohon, Dracontomelum mangiferum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengkuang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sengkuangsengkuangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dracontomelumdao daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mati anak. Gubal kayu sengkuang biasanya berwarna kuning keemasan atau kuning kelabu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kelabu atau kuning kehijauan, dengan jalur coklat dan hitam. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 500 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dikemas siap, cepat mengering tetapi kurang tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini sesuai untuk kabinet, perabot, hiasan dalaman, venir hirisan, dan papan lapis.
jicamasengkuangPentadbiran PerniagaanTiadaSayuran akar yang dimakan mentah.
yam bean (Pachyrhizus erosus)sengkuang (Pachyrhizus erosus)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
yam bean (Pachyrhizus erosus)sengkuang (Pachyrhizus erosus)PertanianTiadaTiada
yam bean (Pachyrhizus erosus)sengkuang (Pachyrhizus erosus)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
root croptanaman ubi-ubianPertanianAgronomi

 Tanaman yang ditanam terutamanya untuk menghasilkan umbisi seperti ubi kayu, keledek, sengkuang dan keladi. Kesemua tanaman ubi mempunyai kandungan air yang tinggi dan ditanam di tanah gembur supaya memudahkan hasilnya dituai.

julienneracik helaiMakanan dan PemakananMakananKaedah memotong makanan dalam bentuk jalur panjang dan nipis seperti batang mancis. Makanan yang biasanya dipotong secara racik helai ialah lobak merah, timun dan sengkuang.
AnacardiaceaeAnacardiaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan banyak spesies kayu dagangan. Dalam famili ini terdapat kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti kayu rengas, kor kayu macang dan sengkuang; dan untuk kayu kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebabkan algergi.
cormumbisiBotaniTiadaBatang yang menegak di bawah tanah yang mempunyai ciri-ciri seperti padat, pendek dan tegap. Bentuk batang ini biasanya agak bulat, leper atau bujur. Terdapat juga tunas di bahagian ketiak sisik daun. Contohnya, pada ubi sengkuang.
row cropstanaman barisanPertanianAgroteknologiTanaman kontan yang ditanam secara dalam barisan dengan jarak tertentu bagi memudahkan operasi ladang menggunakan jentera, seperti penggemburan tanah dan pengawalan rumpai. Biasanya, tanaman ini ditanam di atas batas. Contoh tanaman berbaris termasuk jagung, keledek, ubi kayu, kacang soya dan sengkuang.

Kembali ke atas