Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classical architectureseni bina klasikKesenianSeni BinaSeni bina yang direka bentuk berdasarkan prinsip dan aturan seni bina Greek dan Roman, termasuk seni bina Goth, Renaisans, Baroque, Romanesque, Georgian, neoklasik dan Awal Byzantine. Seni bina ini berdasarkan penggunaan elemen binaan struktur dan aturan perkadaran sistematik untuk reka bentuk tiang khususnya daripada aturan Ionia, Doris dan Corinth. Ciri-ciri seni bina klasik berasaskan �seni bina simetri, perkadaran, geometri dan ketetapan pola yang berulang-ulang dan penggunaan hiasan. Bahan binaan yang sering digunakan untuk seni bina klasik terdiri daripada batu, kayu, simen lepaan dan bata dengan struktur binaan galas beban dan rentang pendek. Contoh bangunan yang bercirikan aturan klasik ialah bangunan untuk kegunaan raja seperti istana, dan untuk kegunaan orang ramai seperti kuil, tempat mandi dan panggung.
anarchitectureseni bina anarkiKesenianSeni BinaSeni bina yang berasaskan kehendak individu tertentu dan bertentangan dengan tatacara atau adat kebiasaan dalam bidang seni bina. Ideologi seni bina ini diperkenalkan oleh Gordon Matta Clark di New York pada tahun 1973.
Norman architectureseni bina NormanKesenianSeni BinaSeni bina yang diadaptasi daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini mencapai kemuncaknya di England pada akhir tahun 1000-an selepas penaklukan Norman pada tahun 1066 dan 1100-an. Seni bina Norman terkenal kerana cirinya yang sangat besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian, dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk Gereja St. �tienne dan La Trinit� di Caen, Perancis, dan Katedral Ely dan Durham di England.
modern architectureseni bina modenKesenianSeni BinaSeni bina yang dipelopori oleh arkitek masyhur seperti Louis Sullivan, Walter Gropius, Frank Lloyd Wright, Le Corbusier dan Mies van de Rohe, yang bermula pada sekitar tahun 1920-1960, kesan daripada kemajuan teknologi dan pertumbuhan industri. Antara jenis seni bina yang terdapat dalam era seni bina moden ialah seni bina Art-Nouveau, pascamoden, teknologi tinggi (hi-tech), neoklasik dan kontemporari. Tema pengenalan kepada seni bina ini adalah seperti yang berikut: 1.���Reka bentuk bangunan yang mengikut fungsi kegunaan dan tidak mempunyai aturan piawaian seperti binaan klasik. 2.���Pertemuan sambungan bahan binaan pada sudut 90�. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 4.��Mempamerkan struktur bangunan dengan jelas. 5.��Mempamerkan bahan binaan dalam bentuk sebenar, bukan samaran atau dibuat sebagai sesuatu bahan binaan lain. Contohnya, dalam seni bina
neotraditionalneotradisionalKesenianSeni BinaCiri seni bina kontemporari yang menggunakan semula gaya seni bina tradisional. Bangunan neotradisional dibina menggunakan bahan-bahan moden seperti vinil dan bata tampalan, tetapi reka bentuknya diilhamkan daripada gaya bangunan bersejarah. Walau bagaimanapun, seni bina neotradisional tidak menggunakan sepenuhnya seni bina bersejarah. Seni bina neotradisional tidak hanya menjurus kepada gaya tempatan dan identiti sesuatu bangsa, tetapi unsur-unsur lain turut dimasukkan bagi memberikan nafas baharu kepada sesuatu reka bentuk lama.
Chicago SchoolSekolah ChicagoKesenianSeni BinaGaya pemikiran seni bina yang dibangunkan oleh dua pengamal seni bina di Chicago, iaitu Burnham dan J.W. Root. Gabungan pemikiran mereka telah membangunkan perwatakan gaya seni bina yang dinamakan Chicago School dan telah terkenal di seluruh dunia. Dalam sejarah seni bina, Sekolah Chicago ialah sebuah institusi seni bina yang aktif di Chicago pada awal abad ke-20. Melalui gaya ini, teknologi baharu pembinaan rangka keluli dalam bangunan perdagangan telah dibangunkan selain pembinaan ruang estetik atau keindahan ruang yang selari dengan perkembangan modenisme yang berlaku di Eropah. Sekolah Chicago yang kedua, kemudiannya muncul pada tahun 1940-an dan 1970-an yang merintis teknologi bangunan baharu dalam sistem struktur seperti struktur tiub berbingkai. Antara ciri pendekatan Sekolah Chicago ialah penggunaan kerangka keluli untuk bangunan dengan kemasan batu, kawasan tingkap plat kaca besar dan jumlah hiasan luar yang terhad. Kadangkala, unsur-unsur seni bina neoklasik digunakan dalam bangunan pencakar lan
hybridhibridKesenianSeni BinaGabungan dua idea untuk membentuk satu benda baharu, seperti seni bina hibrid yang menggabungkan idea seni bina tradisional Melayu dan seni bina klasik pada seni bina kolonial.
vernacular architectureseni bina tempatanKesenianSeni BinaSeni bina yang terdapat khusus di sesuatu daerah, yang menonjolkan sifat-sifat asli daerah berkenaan. Di Malaysia terdapat beberapa bangunan yang berinspirasikan seni bina vernakular seperti Bangunan Tabung Haji, Bangunan Telekom Malaysia, Bangunan Bank Bumiputera, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Hotel Royal Chulan yang bersumberkan seni bina Melayu.
democratic architectureseni bina demokratikKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang menerapkan prinsip-prinsip demokrasi dalam reka bentuk ruang dan bahasa seni binanya. Pendekatan seni bina ini berkembang pesat di Amerika Syarikat pada awal dan pertengahan abad ke-20, yang dipelopori oleh Frank Lloyd Wright dan Louis Sullivan sebagai pengasasnya. Prinsip utama pendekatan seni bina ini ialah mereka bentuk bangunan yang dapat memenuhi keperluan rakyat atau mesra rakyat, sepertimana ungkapan yang berbunyi �dekat dengan rakyat, daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat�.
Romanesque architectureseni bina RomanesqueKesenianSeni BinaSeni bina yang terdapat di Eropah Barat kira kira pada tahun 800-an hingga 1100-an masihi. Seni bina Romanesque berkembang menjadi beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine, Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman dan Provence. Bangunan Romanesque selalunya terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi lokasi demikian.
12345678910...

Kembali ke atas