Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dramaturgydramaturgiKesenianDrama dan TeaterKajian berkenaan dengan seni kraf drama dan teater yang bertujuan untuk mendalami teknik penyusunannya. Dramaturgi merupakan suatu sains seni kraf berdrama dengan mengutamakan tiga elemen yang mengawal pembikinannya, iaitu elemen pentas sebagai kawasan tempat perlakuan drama, elemen pemain sebagai para peserta yang bertanggungjawab dalam pembikinannya dan dramatisasi, iaitu elemen olahan kraf tersebut hingga terhasil sebagai karya yang terisi dengan pengalaman yang bernilai dramatik.
folklorefoklorKesusasteraanTiadaKhazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki.
arts and craft movementgerakan seni dan krafKesenianSeni BinaGerakan reka bentuk antarabangsa yang berkembang antara tahun 1860-an hingga 1930-an, yang secara lantang menentang penggunaan mesin dalam penghasilan produk. Gerakan ini wujud bagi menyokong pertukangan tradisional yang menggunakan bentuk yang mudah. Gerakan ini cuba menghidupkan kembali ketrampilan tangan manusia dalam seni dan karya dan menolak industri yang berasaskan mesin. Salah satu produk seni bina yang terkenal hasil daripada gerakan ini ialah The Red House yang dirancang oleh Phillip Web. Rumah milik William Moris ini telah berjaya memecahkan mitos simetri yang dikemukakan oleh kebanyakan arkitek klasik pada ketika itu. Setiap ruang rumah tersebut dirancang menurut fungsi, karakter dan peranannya masing-masing. Gerakan seni dan kraf diketuai oleh artis dan penulis, iaitu William Morris (1834-1896) yang terpengaruh dengan tulisan-tulisan John Ruskin (1819-1900) dan Augustus Pugin (1812-1852).
high artseni atasanKesenianTiadaIstilah yang digunakan untuk membezakan karya-karya seni halus daripada kraf dan seni gunaan.
low artseni bawahanKesenianTiadaIstilah yang digunakan untuk membezakan kraf dan seni gunaan daripada karya-karya seni halus.
minor artskesenian minorKesenianTiadaKarya seni seperti kraf dan barang-barang yang dibuat daripada logam yang dianggap tidak seunggul karya seni halus seperti lukisan cat dan arca.
authenticityketulenanKesenianSeni BinaSifat seni bina asli yang tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur asing. Hal ini bermakna seni bina yang terbaik perlu mengambil kira faktor fungsi, budaya, iklim, bahan dan teknologi binaan serta kraf yang terdapat di tempat bangunan itu dibina. Seni bina tulen tidak boleh ditiru dari tempat lain. Contohnya, pembinaan bandar Petra, Jordan yang mempunyai identitinya yang tersendiri.
ethnic artsseni etnikKesenianTiadaSeni lukis dan kraf yang dihasilkan dalam budaya sesuatu kaum.
paper craftkraf kertasKesenianTiadaSeni membuat kraftangan dengan kertas.
foliofolioKesusasteraanTiadaSatu lembar kertas cetak yang apabila dilipat dua, menjadi empat halaman. Dalam tradisi percetakan Eropah, folio bermaksud sebuah buku bersaiz 12 inci x 15 inci. Folio juga merupakan kaedah penjilidan buku yang awal. Contohnya, drama Shakespeare telah dibukukan dalam folio pada tahun 1623. Walau bagaimanapun folio bukan hanya terbatas kepada bahan tulisan sastera tetapi juga meliputi bahan lakaran, seni lukis, gambar, kraf dan lain-lain. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, folio merupakan suatu bentuk yang biasa dalam penulisan manuskrip Melayu. Sebelum kaedah pencetakan dan penjilidan saintifik diperkenalkan di Tanah Melayu, pengarang Melayu menghasilkan karya dalam bentuk folio yang berbeza saiz dan bentuknya. Kini, contoh folio manuskrip Melayu masih tersimpan di beberapa buah perpustakaan, arkib, dan muzium. Folio berasal daripada perkataan latin yang bermaksud �helai�.

Kembali ke atas