Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dynamic pressuretekanan dinamikKejuruteraanTiada1. Tekanan yang terhasil daripada aliran udara yang menyusul depan kejutan berpunca daripada gelombang bagas ledakan senjata nuklear.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiada1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
denaturationpenyahaslianKimiaTiada1. Penambahan sedikit bahan cemar atau bahan beracun ke dalam etanol untuk menjadikannya tidak selamat diminum. 2. perubahan struktur protein akibat pendedahan kepada suhu tinggi, keadaan yang terlalu berasid atau beralkali, atau sinaran pengionan. 3. Penambahan isotop kepada bahan mudah belah untuk menjadikannya tidak sesuai digunakan dalam senjata nuklear.
uraniumuraniumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol U, nombor atom 92, berat atom 238.029, nombor pengoksidaan +3, +4, +5 dan +6, takat lebur 1132°C, takat didih 3818°C, berbentuk pepejal berat, berwarna putih, mulur, tertempakan, sangat elektropositif, pengalir elektrik yang lemah, dan terdapat tiga isotop radioaktif, iaitu U-234, U-235 dan U-238; U-235 mempunyai setengah hayat 7.1 x 108 tahun dan isotop U-238 mempunyai setengah hayat 4.5 x 109 tahun. Uranium diekstrak daripada bijih pitch-blend, uraninit, dan karbotit. Unsur ini digunakan sebagai sumber isotop U-235, sumber plutonium, senjata nuklear dan dalam penjanaan kuasa elektrik.

Kembali ke atas