chemical weapon | senjata kimia | Perhutanan | Tiada | Tiada |
pathogen chemical weapon | senjata kimia patogen | Perhutanan | Tiada | Tiada |
unnecessary suffering | penderitaan tak perlu | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa. |
atomic weapon | senjata atom | Kimia | Tiada | Senjata yang menggunakan tenaga atom. |
atomic cloud | awan atom | Kimia | Tiada | Awan udara panas, asap atau debu yang terhasil selepas letupan senjata nuklear. |
denaturation | penyahaslian | Kimia | Tiada | 1. Penambahan sedikit bahan cemar atau bahan beracun ke dalam etanol untuk menjadikannya tidak selamat diminum. 2. perubahan struktur protein akibat pendedahan kepada suhu tinggi, keadaan yang terlalu berasid atau beralkali, atau sinaran pengionan. 3. Penambahan isotop kepada bahan mudah belah untuk menjadikannya tidak sesuai digunakan dalam senjata nuklear. |
plutonium | plutonium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Pu, nombor atom 94, berat atom 239.11, takat lebur 641°C, takat didih 3232°C, berbentuk pepejal putih, sangat beracun, bersifat karsinogen, dan terdapat 15 isotop radioaktif dan enam alotrop. Isotop radioaktifnya yang paling stabil, Pu-239, mempunyai setengah hayat 24 400 tahun. Plutonium diperoleh daripada pembedilan isotop U-238 dengan neutron. Unsur ini digunakan untuk membuat senjata nuklear dan untuk penjanaan kuasa elektrik. |
uranium | uranium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol U, nombor atom 92, berat atom 238.029, nombor pengoksidaan +3, +4, +5 dan +6, takat lebur 1132°C, takat didih 3818°C, berbentuk pepejal berat, berwarna putih, mulur, tertempakan, sangat elektropositif, pengalir elektrik yang lemah, dan terdapat tiga isotop radioaktif, iaitu U-234, U-235 dan U-238; U-235 mempunyai setengah hayat 7.1 x 108 tahun dan isotop U-238 mempunyai setengah hayat 4.5 x 109 tahun. Uranium diekstrak daripada bijih pitch-blend, uraninit, dan karbotit. Unsur ini digunakan sebagai sumber isotop U-235, sumber plutonium, senjata nuklear dan dalam penjanaan kuasa elektrik. |
ecocide | pemusnahan alam sekitar | Alam Sekitar | Tiada | Kerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya. |
measure of intimidation | langkah intimidasi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan mengancam, menahan, menggunakan keganasan atau menyebabkan kecederaan terhadap sesuatu pihak. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mengugut yang boleh menyebabkan hukuman, kerosakan atau kerugian. Contohnya, langkah intimidasi yang dilakukan terhadap pengganas. Sejak tahun 1963, masyarakat antarabangsa telah mempunyai pelbagai instrumen undang-undang yang bersifat universal untuk menghalang perbuatan pengganas. Instrumen undang-undang atau triti ini adalah untuk menerangkan bahawa perbuatan seperti menggunakan pesawat awam sebagai senjata, dan menggunakan bahan-bahan yang berbahaya untuk menyerang pesawat atau sasaran lain di atas tanah merupakan satu jenayah. Begitu juga dengan perbuatan yang melibatkan penggunaan pengangkutan yang menyalahi undang-undang biologi, kimia dan senjata nuklear dan bahan yang berkaitan adalah satu jenayah dan boleh dihukum. |