Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.ti.mén.tal] | سينتيمينتل

Definisi : (séntiméntal) 1. berkaitan dgn atau dicirikan oleh sentimen; 2. bersifat lembut, romantis, atau mudah terusik perasaan: lagu ~; gadis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.ti.mén.tal] | سينتيمينتل

Definisi : /séntiméntal/ 1 sangat mudah dipengaruhi perasaan. 2 me­nyen­tuh perasaan; mengharukan: lagu-lagu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sentimental


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sentimental dramadrama sentimentalKesusasteraanTiadaDrama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.
sentimental valuenilai sentimentalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
sentimental novelnovel sentimenKesusasteraanTiadaNovel yang menggambarkan watak-watak yang memberikan tindakan begitu emosional terhadap peristiwa, aksi dan sentimen.
sentimental worshipperpenyembah bersentimenSejarahTiadaTiada
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaDrama yang amat sentimental, mengandungi aksi atau peristiwa yang penuh dengan debaran dan keharuan.
comedie larmoyantekomedi air mataKesusasteraanTiadaPersembahan drama air mata dan bercorak sentimental yang kuat dan dipengaruhi oleh perkembangan kehidupan yang penting di kalangan golongan menengah.
weeping comedykomedi air mataKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan elemen sentimental dan berkaitan dengan kehidupan golongan menengah dalam masyarakat.
balladbaladaKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni.
balladbaladaKesusasteraanPuisiSajak, puisi, kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh yang lazimnya bernada romantis dan sentimental. Pada asalnya balada diciptakan untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Balada terbentuk daripada rangkap atau bait dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris seperti pantun atau syair. Walau bagaimanapun rima akhirnya berbentuk a b c b.
123

Kembali ke atas