grid frame | rangka grid | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Saiz rangka kayu yang sama ukurannya dengan petak penggalian sebenar. Pada rangsa tersebut jarak tertentu seperti 10 sentimeter, 20 sentimeter, 30 sentimeter dan 40 sentimeter akan dibuat. Kemudian, sekeliling rangka tersebut akan dilintangkan dengan benang sehingga membentuk grid kecil. Rangka kayu digunakan untuk mendapatkan kedudukan artifak yang tepat serta memudahkan lakaran fitur dibuat. Kaedah ini digunakan apabila petak penggalian terlalu dalam. Bacaan diambil menggunakan batu ladung yang diikat benang dan dimasukkan ke dalam petak penggalian. |
peg | pancang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kayu bersaiz 2 sentimeter x 2 sentimeter dan panjangnya 50 sentimeter diletakkan pada empat penjuru petak penggalian. Tujuannya untuk menandakan kawasan penggalian dan kayu ini diikat dengan tali pertama dan kedua. Alat ini dicat dengan warna hitam-putih atau merah-putih dengan jarak 10 sentimeter setiap satu dengan 20 sentimeter ditanam ke dalam tanah. |
quadrant method | kaedah sukuan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan dalam ekskavasi. Contohnya pada petak ekskavasi A3 dengan keluasan sekitar 200 sentimeter x 200 sentimeter tidak akan digali keseluruhannya tetapi hanya melihatkan 100 sentimeter x 100 sentimeter sahaja. Maka kaedah ini dikenali dengan nama kuadran A, B, C atau D (mengikut arah mata angin) petak A3. Kaedah ini juga sesuai digunakan pada petak ekskavasi yang berada di pinggir bukit atau tanah tinggi (permukaan tanah yang tidak rata). |
cubic centimeter | sentimeter padu | Matematik | Tiada | Unit S.I. bagi isi padu yang mempunyai dimensi sentimeter. |
cubic centimeter | sentimeter padu | Kimia | Tiada | Unit S.I. bagi isi padu yang mempunyai dimensi sentimeter. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
box system | sistem petak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Salah satu sistem yang digunakan dalam ekskavasi. Sistem ini memisahkan antara satu petak dengan petak penggalian lain, dengan batas atau permatang. Setiap dinding petak penggalian tidak digali sepenuhnya, melainkan diberikan ruang antara 20 sentimeter � 30 sentimeter pada setiap dindingnya. Kelebihan sistem ini adalah memberi ruang kepada petugas untuk melalui tapak tanpa memasuki petak dan memudahkan pengangkutan tanah dari petak penggalian. Kelemahannya adalah tidak dapat memberikan gambaran jelas susunan stratigrafi tanah dan kemungikinan data yang telah berharga berada di kawasan batas atau permatang tersebut. |
phot | fot | Fizik | Optik | Unit kecahayaan iaitu kecahayaan permukaan dengan keluasan 1 sentimeter persegi, dan pada permukaan tersebut terdapat fluks berluminositi 1 lumen. sentimeter kandela. |
viscosity, kinematic | kelikatan kinematik | Hidrologi | Tiada | Nisbah kelikatan mutlak dinyatakan dalam poise (gram per sentimeter per saat) terhadap kepadatan dinyatakan dalam gram per sentimeter kuasa tiga pada suhu bilik. (Tatanama ASCE untuk hidraulik). |
saturation density | ketumpatan penepuan | Biologi | Genetik | Bilangan maksimum sel yang dapat diperoleh pada keadaan kultur tertakrif dalam kelalang pengkulturan. Biasanya nilai ini diekspresikan sebagai bilangan sel per sentimeter persegi dalam suatu kultur-terbergantung-labuhan atau per sentimeter kuasa tiga dalam kultur ampaian. |