banner web | sepanduk web | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis sepanduk yang digunakan pada laman web. |
overbanner | tajuk gadang | Komunikasi | Korporat | Penulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar.. |
banner | sepanduk | Komunikasi | Korporat | Maklumat yang ditulis atau dicetak di atas sesuatu bahan secara melintang. Bahan tersebut boleh dalam bentuk kertas, plastik, kain, kayu, atau logam. Bahan ini boleh dilekat atau diregang di atas pemidang untuk tujuan peragaan. Fungsi peragaan dengan menggunakan sepanduk adalah untuk membuat hebahan dan promosi mengenai sesuatu barangan, perkhidmatan, atau acara. |
mobile billboard | iklan bergerak | Komunikasi | Korporat | 1. Kaedah pengiklanan yang menggunakan poster, sepanduk dan pepanji dalam pelbagai saiz yang dipasang di dalam atau di luar kenderaan awam yang bergerak. Khalayak iklan jenis ini terdiri daripada pengguna kenderaan tersebut atau khalayak umum. Pihak agensi pengiklanan mempunyai tempoh masa peragaan tertentu yang dipersetujui antara pemilik kenderaan dengan agensi pengiklanan tersebut. 2. Kaedah pengiklanan yang struktur dipasang di atas kenderaan yang berfungsi khusus sebagai alat memperagakan poster, sepanduk, atau pepanji iklan. Kenderaan tersebut akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain, khususnya di lokasi yang terdapat ramai khalayak bagi mendapat perhatian. |
idiot sheet | sepanduk tolol | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
picketing | berpiket | Pentadbiran | Tiada | Membawa sepanduk di tempat kerja pada waktu kerja untuk memberitahu orang ramai bahawa ada pertelingkahan antara pekerja dengan majikan. |
nonilluminated ad | iklan tanpa sinar | Komunikasi | Korporat | Papan iklan, poster, atau sepanduk yang dibuat daripada akrilik, polivinil klorida (PVC), atau panel aluminium dengan grafik vinil atau aksara timbul yang tidak memantulkan cahaya. Iklan jenis ini menjadi pilihan pengiklan berbanding dengan papan iklan yang mengandungi unsur pembalikan cahaya kerana kosnya lebih murah. |
picket | piket | Ekonomi | Tiada | Perhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum. |
CTR (click through rate) | CTR (kadar klikan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Peratusan bilangan pelayar satu laman web yang mengklik sesuatu sepanduk iklan yang menyebabkan laman web pengiklanan tersebut dipaparkan. |
media vehicle | peralatan media | Komunikasi | Korporat | Wahana penyebaran maklumat hal ehwal awam dan pemasaran. Jenis wahana dan khalayak sasaran dikenal pasti terlebih dahulu bagi memastikan keberkesanan penyebaran sesuatu maklumat. Wahana maklumat boleh wujud dalam bentuk media cetak, elektronik, sepanduk, pepanji, surat berita, Internet, risalah, dan pendekatan komunikasi peribadi. Untuk memaksimumkan impak maklumat yang disebarkan, agensi pengiklanan atau syarikat pengeluar barangan atau perkhidmatan akan memastikan jenis program, ruang, dan masa yang sesuai bagi membolehkan mesej disampaikan pada khalayak. |