reproductive system | sistem pembiakan | Veterinar | Praklinikal | Sistem yang terdiri daripada sistem pembiakan jantan dan sistem pembiakan betina. Sistem pembiakan jantan terdiri daripada sepasang testis dalam skrotum; penis dan organ aksesori. Sistem pembiakan betina pula terdiri daripada sepasang ovari; sepasang tiub falopian; uterus; serviks; vagina dan vulva. |
didynamous | didinamus | Botani | Tiada | Berkenaan dengan bunga yang mempunyai sepasang stamen panjang dan sepasang stamen pendek. Contohnya, bunga pudina. |
belebas kek | belebas kek | Kesenian | Tiada | Bahagian kerangka kek yang terdiri daripada kayu yang memanjang menghubungkan tiang kek, sepasang di atas dan sepasang di bawah. |
coaxial propeller | propeler sepaksi | Aeroangkasa | Tiada | Sepasang kipas pesawat udara yang berputar berlawanan arah.,Sepasang kipas pesawat udara yang berputar berlawanan arah. |
phantom circuit | litar fantom | Kejuruteraan | Tiada | Litar tambahan yang menggunakan sepasang talian penghantaran selari untuk go dan sepasang yang serupa untuk return, yang disuapkan ke titik tengah bagi pengubah penitian atau penindihan. |
kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon m |
accessory ligament | ligamen aksesori | Veterinar | Praklinikal | Ligamen yang menghubungkan sepasang ligamen. Ligamen aksesori ini menguatkan lagi pasangan ligamen yang dihubungnya. Contoh ligamen aksesori ialah ligamen aksesori karpus yang menghubungkan sepasang ligamen fleksor digit dalam. |
Lewis electronic theory | terori elektron Lewis | Farmasi | Tiada | Konsep asid-bes yang mentakrifkan asid sebagai sebatian yang berupaya menerima sepasang elektron dan bes sebagai sebatian yang berupaya menderma sepasang elektron. |
L network | rangkaian L | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Rangkaian terdiri daripada dua cabang bersiri dengan hujung bebas disambung kepada sepasang terminal dan titik simpangan serta satu hujung bebas lain disambung kepada sepasang terminal lain. |
bridge circuit | litar tetimbang | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Litar yang terdiri daripada empat impedans disambung secara siri berbentuk segi empat tepat. Sepasang pepenjuru yang berlawaan di sambung kepada peranti masukan dan sepasang pepenjuru yang lain disambung kepada peranti keluaran. |