Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rasa kelat (buah-buahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beberapa jenis ikan yg terdapat di laut dan juga di sungai atau di paya. ~ karang (laut) nama sj ikan laut, Pemphens spp.. ~ siam nama sj ikan darat, Trichogaster pectoralis. ~ padi (ronggeng) nama sj ikan darat yg terdapat di sawah dan biasanya kecil-kecil, Trichogaster trichopterus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepat I

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Bagai anak sepat ketohoran.

Bermaksud :

Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
siamese gouramy set netpukat sepatPerikananTiadaTiada
lacustrine fishikan lakustrinPerikananTiadaIkan yang mendiami kawasan air yang tidak mengalir seperti kolam dan tasik. Contohnya, ikan kaloi, haruan dan sepat. Sinonim ikan tasik.
backwaterair buriPerikananTiadaKawasan air yang kurang mengalir dan terpencil dari bahagian sungai utama. Kawasan ini bersifat eutrofik (mengandungi lebih banyak zat makanan terlarut yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan akuatik seperti alga) dan hanya didiami oleh ikan tertentu yang tahan pada tahap oksigen terlarut yang rendah. Kawasan ini juga sering menjadi tumpuan pemancing kerana mempunyai banyak ikan. Antara ikan yang hidup di kawasan ini ialah haruan, sepat, puyu dan keli.

Kembali ke atas