modern state | negara moden | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa. |
Universal Time O (UTO) | Waktu Universal O | Matematik | Tiada | Waktu putaran bumi yang sudah diperbetul seperti yang diukur dengan transit bintang merentasi meridian pencerap. Putaran ini dirujuk sebagai tanda fidusial pada ekliptik yang hampir sama dengan kedudukan matahari min. |
frog eye disease | penyakit mata katak | Biologi | Patologi | Penyakit daun tembakau, terutama sekali yang sudah tua, yang menunjukkan gejala nekrosis dengan bahagian tengah berwarna putih seperti mata katak. |
evolved star | bintang evolusi | Matematik | Tiada | Bintang, seperti bintang raksasa atau kerdil putih, yang sudah melewati peringkat jujukan utama evolusinya. |
rough sawn timber | kayu gergaji kasar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu yang sudah digergaji, yang padanya belum dilakukan sebarang proses kemasiapan, seperti pengetaman atau pengumaian. 2. Kayu balak yang belum dibuang kulitnya. |
icon | arca; ikon | Kesenian | Tiada | 1. Imej suci atau keramat bagi sesuatu agama dalam bentuk lukisan atau patung.,2. Imej kegemaran, yang sudah begitu biasa pada seseorang hingga boleh dijadikan lambang pada sesuatu seperti ukiran pada kayu. |
graveyard market | pasaran buntu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan pasaran yang kelihatan seperti tempat pengebumian. Pelabur yang sudah berada di dalamnya tidak boleh keluar dan pelabur yang di luar pasaran pula adalah bearis dan pelabur yang rugi tidak sanggup lagi merealiskan kerugiannya dan yang di luar pula lebih baik memegang tunai. |
bear scratch | cakar beruang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Corak yang dihasilkan akibat kerekotan ira kayu. Pada kayu yang sudah dikemas siap, corak ini kelihatan seperti bentuk mata memanjang yang menarik. |
penghubungan | penghubungan | Kesenian | Tiada | Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain. |
charcoal root | busuk arang | Biologi | Patologi | Penyakit, misalnya pada kapas yang disebabkan oleh kulat Macrophomina phaseolina. Gejala ialah layu mendadak yang menyeluruh pada daun yang sudah tua dan berkembang ke atas, kemudian diikuti dengan perubahan warna menjadi kuning dan luruh. Batangnya hitam seperti arang dan akhirnya pokok mati. Sering terdapat bintik hitam pada bahagian terjangkit yang merupakan jasad buah kulat tersebut. |