Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérai); terserai terserak, tersebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tumbuh-tumbuhan yg seakan-akan lalang yg digunakan sbg ramuan dlm masakan, Cymbopogon citratus. ~ wangi nama sj serai yg lebih wangi drpd serai biasa, Cymbopogon nardus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serai
Kata Terbitan : terserai,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lemon grass (Cymbopogon citratus)serai (Cymbopogon citratus)PertanianTiadaTiada
lemon grass oilminyak seraiKimiaTiadaTiada
citronella grass (Cymbopogon nardus)serai wangi (Cymbopogon nardus)PertanianTiadaTiada
oil of citronellaminyak serai wangiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaFitokimiaTumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap.
linearlinearHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang panjang dengan nisbah panjang berbanding lebar 12:1. Contohnya, daun jerangau (Acorus calamus), daun serai (Cymbopogon spp.) dan daun lalang (Imperata cylindrica).
kitchen gardentaman dapurLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mengandungi tanaman herba dan rempah yang sering digunakan dal am masakan seperti pokok halia, daun kari , serai dan sebagainya. Taman ini bi asa nya dibina berdekatan dengan kawasan dapur untuk memudahkan penggunaannya.
aromatic plantstumbuhan beraromaPertanianAgronomi

Tumbuhan yang mengeluarkan bau yang menyegarkan. Bau tersebut disebabkan oleh kandungan minyak yang terdiri daripada gelangan benzena. Contoh tumbuhan beraroma ialah serai wangi (Cymbopogon nardus) yang menghasilkan minyak sitronela yang diekstrak untuk membuat sabun wangi. Selain itu, minyak sitronela juga boleh digunakan sebagai penghindar serangga. Contoh yang lain ialah pudina (Mentha piperita) yang digunakan untuk menambah perisa kepada makanan.

secondary metabolitemetabolit sekunderPertanianAgronomi

 Bahan organik yang dihasilkan oleh tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri tertentu tetapi tidak memainkan peranan utama dalam fisiologi tumbuhan itu. Contohnya, tumbuhan beraroma seperti serai wangi atau cengkih yang mengeluarkan bahan alkaloid yang menghasilkan bau yang harum. Metabolit sekunder ini tidak mempunyai fungsi tertentu kepada tumbuhan dan tumbuhan boleh hidup tanpa kehadiran metabolit sekunder.

SpicesRempah ratusPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan samada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis.
12

Kembali ke atas