Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scattering powerkuasa serakanMeteorologiMeteorologi PerhubunganNisbah jumlah kuasa yang terserak oleh sasaran terhadap kuasa gelombang tuju tanpa mengambil kira arah serakan. Kuasa serakan digunakan dalam terminologi radar untuk mengukur tenaga yang hilang yang disebabkan oleh penyerapan penyerak.
scattering functionfungsi serakanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeamatan sinaran terserak dalam arah tertentu per lumen fluks yang tertuju ke atas bahan serakan. Rumusan fungsi serakan adalah seperti yang berikut: S(?) = I(?) EA Dengan S(?) ialah fungsi serakan zarah, A jumlah keratan rentas zarah penyerakan, E lar sinaran, dan I (?) keamatan sinaran yang di cerap dalam sudut ? dari arah alur tuju.
dipersionserakanKejuruteraanPetroleumAmpaian partikel yang sangat halus di dalam suatu c ecair, misalnya ampaian koloid di dalam larutan koloid. Serakan dari agregat bererti subpembahagian agregat, misalnya serakan dari partikel lempung. Serakan mengakibatkan peningkatan luas pada permukaan spesifik partikel sehingga meningkatkan pula kelikatan dan kekuatan gel sesuatu cecair.
atomic scatteringserakan atomFizikMekanik KuantumSerakan yang berlaku apabila atom berlanggar antara satu dengan yang lain. Dalam serakan ini, arah atom akan berubah.
elastic scatteringserakan kenyalFizikAtom dan NuklearSerakan yang jumlah tenaga kinetik translasi bagi sistem tidak berubah selepas berlakunya proses serakan.
primary scatteringserakan primerMeteorologiMeteorologi PerhubunganSebarang proses serakan sinaran yang diterima oleh pengesan, selepas diserak kali yang pertama. Bandingkan serakan berbilang.
multiple scatteringserakan berbilangMeteorologiMeteorologi PerhubunganSerakan yang disebabkan oleh sinaran yang tersebar lebih daripada sekali sebelum sampai ke mata, antena, atau unsur penderia yang lain. Bandingkan serakan primer.
scattering area rationisbah kawasan serakanMeteorologiMeteorologi PerhubunganNisbah antara keratan rentas serakan terhadap keratan rentas geometri zarah serakan.
elastic scattering cross sectionkeratan rentas serakan kenyalFizikAtom dan NuklearUkuran kebarangkalian berlakunya serakan kenyal antara pancaran zarah tuju dengan zarah sasaran atau sistem zarah. Keratan rentas serakan kenyal merupakan kadar tindak balas per zarah sasaran bagi proses ini dibahagi dengan ketumpatan fluks pancaran zarah tuju.
Compton recoil particlezarah sentakan ComptonFizikMekanik KuantumZarah yang memperoleh momentum dalam proses serakan yang sama dengan serakan kuantum.
12345678910...

Kembali ke atas