ceramic fibre | gentian seramik/serat seramik | Kesenian | Tiada | Tiada |
ceramic industry | industri seramik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu kawasan yang menghasilkan seramik berskala besar pada zaman tertentu. Penghasilannya melibatkan kepelbagaian bentuk, corak, hiasan dan saiz. Seramik yang dihasilkan dapat mewakili perkembangan di tapak utama ini. Contohnya, di Ban Chiang (Thailand) industri seramik di sini dapat dibahagikan kepada tiga tahap yang berasaskan kepada corak yang dihasilkan seperti kasar, sedikit hiasan dan hiasan yang lengkap. Di tapak ini juga, golongan wanita dipercayai menghasilkan seramik dan dibuktikan berdasarkan kepada penemuan bekal pengebumian yang berupa barangan seramik. |
crackle glaze | glasier retak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Seramik berglasier yang mempunyai kesan retakan pada permukaannya. Seramik jenis ini dihasilkan secara sengaja semasa proses menyapu glasier. Cara pembuatannya dengan menggosok glasier, iaitu oksidasi besi pada permukaan seramik dan dibakar. Kemudian seramik disapu dengan lapisan glasier yang lebih nipis buat kali kedua dan dibakar semula. |
ceramic | seramik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Artifak yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar pada suhu tertentu. Antara artifak yang dikategorikan sebagai seramik ialah terra cotta, tembikar, tembikar batu, porselin dan seladon. Seramik ialah salah satu bahan perdagangan yang utama di Asia Tenggara dan di Eropah. Seramik juga dianggap sebagai bahan milik yang amat berharga pada sesetengah masyarakat, seperti tajau (tempayan) bagi masyarakat Iban di Sarawak. Pusat pembuatan seramik perdagangan awal yang utama ialah China, Khmer (Kampuchea), Thailand dan Parsi. Perkataan seramik berasal daripada perkataan Yunani �keramos� bermaksud barang yang mudah pecah. |
glaze | bahan licau | Kimia | Tiada | Penyalut yang licin dan bersinar pada berbagai-bagai seramik yang menjadikan seramik kalis air. Bahan licau yang digunakan pada porselin mengandungi bahan yang serupa seperti porselin, tetapi pada kadar yang berbeza. Bahan ini mengandungi sedikit natrium dan lazimnya merupakan campuran silikat dan batu api, sebatian plumbum, asid borik dan kalsium karbonat. penyalut ini boleh digunakan untuk tujuan hiasan. |
sherd (ceramic) | serpihan (seramik) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kepingan seramik yang pecah. Kepingan ini dipadankan antara satu sama lain yang digunakan untuk mendapatkan bentuk, saiz, fungsi dan tempat asal pengeluaran seramik tersebut. |
ceramic kiln | tanur seramik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tempat membakar seramik secara tertutup. Tanur ini mempunyai dinding batu bata sebagai penstabil suhu dan dua pintu yang bertindak untuk menyalurkan haba dan saluran pembuangan haba panas. Antara jenis tanur seramik ialah tanur arus udara ke atas, tanur arus udara ke bawah, tanur bertingkat dan tanur botol. |
ceramic tile | ubin seramik | Sosiologi | Tiada | 1. Kepingan nipis daripada seramik untuk membuat lantai atau dinding rumah. |
hollow-ware | seramik dalam | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahan seramik yang mempunyai ukuran ketinggian yang hampir sama dengan ukuran diameter bahagian badan jika dibandingkan antara keduanya. Contohnya, pasu dan mangkuk yang dijumpai di Pulau Tioman, Pahang, Lembah Bujang, Kedah dan Santubong, Sarawak. |
ceramic-metallic bond | ikatan seramik-logam | Perubatan | Tiada | Ikatan antara bahan seramik seperti fasing ke logam yang menjadi pembelakang. |