formication | formikasi | Perubatan | Tiada | Sejenis kederiaan abnormal yang dirasai, menyerupai rasa serangga merayap di atas tubuh. |
formication | formikasi | Perubatan | Tiada | Sejenis kederiaan abnormal yang dirasai, iaitu rasa seolah-olah serangga merayap di atas tubuh. |
Plectranthus amboinensis | Bangun-bangun | Pertanian | Tiada | Pokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya lembut dan berair atau sukulen yang boleh juga tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus dan berbentuk ovat. Tepi daun bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala. |
Plectranthus amboinicus | bangun-bangun | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya yang lembut dan berair atau sukulen boleh tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala. |
hallucination | halusinasi | Psikologi | Psikologi Umum | Pengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau. |